31/03/11

1 April - 16 Tahun Ulang Tahun Siti Nurhaliza

16 tahun bukanlah suatu titik masa yang sementara. Beliau memperjuangkan bakat dan keperibadian indah untuk kekal kukuh ditempatnya. Beliau begitu hebat bagi saya. Seorang yang luar biasa bakatnya dan tiada tara auranya.


Saya membesar dengan curahan melodi lagunya. Setiap hasil suaranya pasti sesuai untuk semua.


Saya mengenali siti nurhaliza dengan “Aku Cinta Padamu”. Di dalam bas sekolah ketika itu. Darjah 2 sudah mula menjadi pembidas siti yang sensasi. Asyik melayan melodi, irama dan suara emas tersebut..


Jujurnya kebolehan bercakap dan menggunakan bahasa Puitis pada usia kini datangnya dari hasil nukilan seni yang didendangkan oleh siti. Bahasa yang sempurna sehingga tiada satu pun yang terguris.


Malah hadiah atau karya yang dihasilkan tidak pernah menghampakan. sentiasa menyelitkan sedikit sebanyak keringat peminat.


Begitu ironik sekali. Bermulah jalan yang seterusnya . Mengikuti perkembangan siti menaiki tangga yang sentiasa ada halangannya.


Kuasanya dipersada industri seni tanah air jelas mencetus letusan fenomena dan revolusi tersendiri.

Siti itu Permata Anugerah Tuhan Buat negaraku.

Nama beliau sentiasa menjadi pantauan pengiat mahupun peminat muzik tanah air dan negara serantau. Penangannya mencetus krisis yang tiada siapa mampu mencabarnya. Ratusan Anugerah. Deretan Koleksi album dan gugusan bilangan peminat.

Sifatnya seanggun rupa. Kecantikkan tidak membataskan beliau melengkapkan diri dengan kelakuan yang amat dipuji.

Biar apa sahaja badai melanda semuanya ditepis begitu saja. Mungkin wartawan juga sudah tidak berdaya membawa cerita yang tiada.

Kecekalannya merangkumi semua. Lemah lembut yang ditunjukkan hanyalah luaran. Hati, naluri dan pendiriannya terlalu sasa sehingga hampir tiada noda yang menampakkan cela.

Sukanya saya kepada siti melebihi bakat suara-suara lain yang ada. Beliau terbang landai kebawah sungguhpun sangkarnya tinggi melampai keawan. Itulah kelebihan siti. Menghargai peminatnya. Kerna itu saya rasa tidak seinci pun rugi


Kesemua lagu beliau membawa utusan dan mesej yang bermakna. Berkesan dan sangat tersentuh di jiwa pendengar.

Dinamik itu milik siti nurhaliza. Apabila gembira. Jelas gembira suara dan suasana yang dibawanya. Jika sedih sehingga terbuai dibuatnya. Oleh hal demikianlah diberikan gelaran selaku juara bertahan yang tiada lawan.

Disebalik kejayaan beliau terdapat insan-insan yang menjadi penguat dan penawar buatnya. Ibu dan arwah ayahnya, suami tercinta, adik beradik serta saudara mara dan rakan taulan. Namun saya juga turut kagum dengan seorang lagi wanita dibelakang legasi besar ini, pengurus beliau merangkap kakak iparnya, Rozie. Terima kasih tak terhingga dari kami buat sangdewi yang membawa siti ke posisi ini.

16 tahun mendengar Siti tidak terasa lamanya. Kerna enak melayari dan menelusuri bahtera suara buatan beliau. Ini luahan saya buat siti nurhaliza semperna 1 April 2011 yang begitu lama dihitungnya. Ada rezeki moga sampailah hajat agar Siti Nurhaliza Membaca . Anda satu dalam ribuan juta. Tidak semudah itu mencari pengganti anda kerana anda Penghibur Gergasi Yang Tidak Mampu Dibatasi. Menjalani kehidupan tanpa siti nurhaliza hari ini pasti tidak begitu berwarna industri hiburan pada hari ini.

Untuk semua peminat siti di seluruh dunia, mari kita bersama-sama menyokong dan mendokong perjuangan beliau yang sentiasa ingin menghadiahkan yang terbaik buat kita. Pegang pada prinsip siti nurhaliza, maka berjayalah kita menempuhi masa sukar.Seindah Biasa.

Salam tulus ikhlas dari saya

Axhar Manywokaq.

1 ulasan:

arisnormohamad berkata...

xsangka pmilik korean crown collection pn pminat siti jgak ye. .
nampaknya kita minat pada artis yg sama. .
saya setuju sngat gn pndapat awak 2.
hehe :)
tapikan kenapa org filipina suke sngat bndingkan artis kte dengan artis diorg?.?
geram betol tngik diorg bandingkan siti dengan regine v 2. .bagus sngat ker regine v 2?.?
huhu. .geram betol. .