15/04/11

Tips Bijak Berkonversasi




Dalam kehidupan seharian pasti anda pernah mengalami situasi dimana tindakan kurang bijak mahupun terlebih bijak dilakukan sewaktu proses konversasi.

Tidak kira sama ada bercakap berdepan mahupun melalui alam maya seperti Fecebook mahupun forum. Ianya teramatlah penting untuk mengawal emosi dan tahap rasionaliti dalam percakapan mahupun penulisan.

Mengapa penting mengekalkan tindakan dari segi nada dan tulisan anda dengan “low key dan funny”? ia kerana berdasarkan kebanyakkan kes,orang lain bukannya membenci anda, tetapi mereka terasa diri terancam dengan apa yang anda kemukakan.

Saya juga tidak mampu menipu, ada ketika bilamana membaca komen mahupun mendengar nada tinggi orang lain mencetuskan suatu rasa yang sangat “crappy:. Kadang-kala jauh dilubuk hati menyimpan mood yang seribu satu rasanya. Ada juga sesetengah ayat / perkataan yang membuatkan jantung, jiwa dan raga luluh sama sekali.

Tapi, komen yang pedih selalunya menjadi suatu yang begitu berguna kelak. I don’t really care if someone tells me that my face looks like a smashed crab. Kerana itu hanyalah komen menjatuhkan. Sebaliknya kritikan mengenai kelemahan intelek dan perlakuan itu harus lebih diberi perhatian. Ia adalah kerana saya turut pernah sama berada didalam situasi yang jauh lebih kompleks daripada ini. Pasti mereka menyesal dan segan mengenai hal ini.

Jelaslah anda perlu/ harus mengawal emosi dan rasionaliti dalam konversasi. Biarkan orang selesai membutirkan kata-kata itu juga rukun utama.


Undang-undang Berhadapan dengan “HATERS”

  • Jangan membalas dengan nada keras. Ianya tidak menjana tenaga anda. Simpan keghairahan amarah dengan meletakkan lebih banyak “cool stuff “ (sempoi) dalam konversasi.
  • Respon dengan gurau dan senda. Ia membuatkan orang lain terkelu, terkedu dan mati kutu dengan sikap professional anda. Percayalah !
  • Ingin diterima dan disukai merupakan lumrah yang didambarkan oleh manusia. Namun jangan sampai ada unsur luar yang meluluhkan hasrat dan cita anda. Itulah gunanya keluarga dan rakan pada waktu tersebut.
  • Praktikkan diri anda agar tidak terbiasa menggunakan ayat mahupun perkataan yang kurang elok diungkapkan. Kerana itu jelas menunjukkan mentaliti dan sikap anda yang sebenar.

p/s: Thank You for reading. Click Advertisement Below For Splendid Promotion.

3 ulasan:

Admin berkata...

Tips menarik ttg haters tu.

Azhar berkata...

terima kasih. jika terdapat salah dan silap maaflah kerna ianya hanyalah pandangan saya yang tidak sempurna.

iSmi hanNna berkata...

aku suke ribbon kau..hihi..
nice info sal siti.. tabikkkk!