2/04/13

SUATU PETANG




Assalam  para pembaca yang riang.
Hari ini aku kembali ke lantai gelanggang.
Dimana Sangat jarang aku bertandang.
hari ini 3 april 2013 aku kembali bertukang,
ingin menyatakan sesuatu yang berladang-ladang.

Syukur ke hadrat illahi masih berpeluang,
menconteng sesuatu dilaman ruang,
lama tidak sembang,
kadang kala kaku datang menggambang.

saat terakhir aku datang,
aku nyatakan pelbagai tentang,
hari ini gamaknya mengenai suatu petang.

Suatu petang
aku menjulang
perasaan cinta akan wang
Aku berjuang.
aku menentang
apa yang tidak perlu semua dibuang.
aku pelupus perasaan sayang.
kerana polisi aku jauh menentang,
sesuatu yang membantut fokus melayang.

Aku diriku diajar berhutang,
ertinya lakukan sesuatu sepenuh juang,
terlakunya sesuatu biar dijual dagang,
peluang jangan dibiar hilang,
lebih lagi kerna seseorang.

Suatu petang,
aku bertimbus pada suhu badang,
aku terasa diri kecil sebarang,
kecil dari seulas bawang,
erti jangan lupa jalan pulang.
tiada manusia tidak berpeluang,
semuanya dihembus nyawa berserta tulang,

jangan lupa Allah pencipta langit bumi yang jauh gemilang,
bersyukur diwaktu kita mampu membilang,
Rancang.....
Pandang....
Bincang...
Bagi memastikan depanmu tidak bergoncang. 



Sekian, Bersambung