14/04/11

Mengapa Kita Memerlukan Stokin?






Mungkin ada yang mengeluh dan ada juga yang begitu teruja dengan STOKIN. mungkin anda pernah terfikir mengapa kita memerlukan stokin.

Lebih-lebih lagi apabila kita mendapati akhirnya stokis bukannya sesuatu yang kelihatan bilamana kita lengkap berpakaian.

Sebagai permulaan, stokin itu penting kerna ianya membantu penyerapan peluh yang dihasilkan oleh kaki. Stokin yang memudahkan kaki bernafas diperbuat daripada "catton dan wools". Walau bagaimanapun stokin yang diperbuat daripada Kulit dan bulu binatang dikatakan semakin mendadak permintaannya pada masa kini.

Tinggalkan sebentar mengenai pemakaian stokin. harus diingatkan juga terdapat pelbagai jenis stokin yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. daripada alam semulajadi sehinggalah sintetik. yang mana setiap daripada bahan tersebut menjanjikan perbezaan dari segi rasa dan rupa.


Tak salah seandainya mengambil 5 pasang stokis yang dijual selonggok dengan harga RM 5 dan kemudian hari kaki melecet/ tercedera tanpa menyalahkan orang lain... Tidak sama sekali

Sesetengah orang mengalami masalah kaki yang dikenali sebagai "Plantar Fasciitis" dan golongan sebegini mempunyai stokin yang diperbuat khas bagi memberi keselesaan dan mengurangkan kesakitan.

Stokin tebal, stokin nipis, stokin panjang, stokin pendek mahupun stokin sekolah. kesemuanya stokin. lebih baik memakai dari tidak.

Justeru, kedua-dua kaki harus dijaga dengan penuh kaseh sayeng,. Adalah suatu keharusan kita membendung masalah yang berkaitan dengan kaki bilaman umur menjelang tua. Dan sudah pasti ianya bermula dengan memakai stokin yang betul dengan kasut yang sepatutnya.













Tiada ulasan: