Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada para penonton yang memenuhi ruang PANGGUNG SARI ISTANA BUDAYA pada 3 malam berturut dengan menghabiskan ratusan ringgit hanya semata-mata menyaksikan persembahan hebat lagenda Malaysia, DATO SITI NURHALIZA. Keseluruhan berpuas hati dengan apa yang mereka bayar untuk malam-malam tersebut bahkan ada diantara mereka yang mengatakan harga tiket terlalu murah untuk persembahan yang sangat mahal. Justera ramai pihak melebelkan sebagai konsert terhebat yang pernah Dato Siti Jayakan dan Konsert Terhebat yang pernah artis
Terlalu banyak yang ingin dikupaskan pada malam tersebut. Bayangkan, Konsert Eksklusif Satu ini menggabungkan melodi, tarian, grafik dan emosi dalam satu persembahan pentas yang sangat menghiburkan.
Bermula dengan lagu hati, Siti yang begitu anggun dan molek tiba-tiba muncul dari bawah pentas melalui sebuah lubang. Keampuhan vokal dan kelunakan suara mulai terasa.
Seindah biasa dan medley lagu-lagu yang mengangkat nama beliau menjadi santapan seterusnya. Kehebatan set yang berubah-ubah menambahkan sesak nafas didada.
Sebentar berada di
Terbukti beliau mampu mengekalkan kualiti suara,stamina dan vokal dalam masa 3 hari dimana setiap malam memperuntukan 2 jam 15 minit untuk menyanyikan 30 buah lagu.
Itulah, kalau sudah nombor satu, dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki tetap nombor satu.
Segmen lagu tradisional mengimbau kenangan silam sewaktu irama terse
but berada dikemuncak. Menariknya konsert ini, setiap lagu itu dinyikan mengikut kronologi kisah beliau sewaktu kecil, masuk kealam nyayian, alam percintaan, alam kontroversi sehingalah alam rumah tangga. Jelas menujukkan para penonton masuk kedalam kisah yang beliau tampilkan pada malam tersebut. Semua lagu disampaikan dengan penuh emosi.
Takhala beliau menyayikan lagu tradisional, mereka turut mahu menyanyi. Bila siti menyayikan lagu rancak mereka turut menari. Termasuklah apabila siti menyanyi sedih, begitu ramai yang menangis. Inilah magis sebenar yang industri seni persembahan dunia mahukan.
Sempurna. Itulah kata-kata yang mampu diungkapkan sewaktu beliau bersama baju hitam putihnya menyayikan lagu-lagu rancak. Bermain didalam kotak-kotak yang muncul secara tiba. Ku mahu, biarkan, dan pada mulanya dirangkumkan menjadi sebuah muzik yang sangat segar. Teramat segar.
Pendirianku menyaksikan siti nurhaliza berkeras dengan pendirian nya untuk kekal dengan keputusannya menyanyi dan menari diatas sebuah kotak gergasi.
Siti muncul dari atas menerusi lagu destinasi cinta. Tiada apa yang yang tidak menarik. Sangat professional. Bimbang juga para tetamu sekiranya beliau terjatuh. Mampu berkawad dan menari dengan sangat lincah sehinggakan ada diatara tetamu yang mengatakan..”beyonce pasti menarik diri dari dunia seni seandainya beliau melihat apa yang sedang siti lakukan”.. masakna tidak.. Siti sedang tarik, tapi masih sempat menari sambil tersenyum manis. Bertapa bombastiknya beliau.
Sememangnya hanya pujian yang mampu diberi. Kerana tiada kritikan yang mampu dinyatakan.
Ini pula mengenai sebuah lagu berentak jepun, kuriaan dalam samaran. Beliau memakai baju yang barkain sepanjang 3 tingkat. Ditambah kesan visual dan lampu yang sangat selesa berkerja dengan siti. Not tinggi dan rendah semuanya menjadi. Mungkin selepas ini tercatat nama beliau selaku pemilik vokal terhebat selepas niky satria. Mungkin anda perlu mengintai lagu ini dimana-mana sesawang, seperti youtube. Lihat bertapa kemasnya bersembahan beliau.
Tanpa dendam dihati membuktikan siti tiada tandingan. Tidak salah sekiranya din
yatakan Siti nurhaliza mampu menyanyikan lagu GEMILANG lebih dashyat daripada penyayi asalnya.
Siti kelihatan sangat lawa pada ketiga-tiga malam tersebut. Ditaman teman mengakhiri persembahan beliau pada malam itu. Tidak sedar 30 lagu sudah habis dinyayikan. Tiada sedikit pon rasa bosan dalam diri para penonton. Tandas Istana Budaya Boleh dikatakan tidak Kotor gara-gara para penonton sayang mahu meninggalkan kerusi mereka pada malam itu.
Kesimpulannya, beli DVD konsert ini seandainya mereka jadi menerbitkannya untuk tatapan umum.
Laporan:-
PANDANGAN DIVA-DIVA ASIA
"Saya sangat bangga dengan pencapaian Siti. Bahkan, saya fikir semua orang di Malaysia juga harus berbangga dengan apa yang dilakukannya buat negara"
"Spektakular! Hebat sekali Siti Nurhaliza. Vokalnya hebat, tariannya sungguh menarik perhatian saya. Pakaiannya juga aduh sungguh cantik sekali. Bertuah Siti mendapat peluang yang baik seperti ini. Anda di Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai seorang bintang sebaik dia -
"Tabik buat Siti. Saya benar-benar terhibur dengan persembahannya. Konsert ini berjaya dalam segenap aspek,"
komen artis2 yg menonton persembahan SATU Siti Nurhaliza dipetik dari Utusan Malaysia today!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan