30/06/09

The Mut




Syarikat hasil gabungan daripada 8 orang pelajar Mimet. The Mut tercipta semperna nama sang semut yang semua sedia maklum mempunyai semangat setiakawan dan daya usaha yang amat hebat lagi jitu.

The Mut mempertaruhkan 4 orang pujangga dan 4 orang rupawan.

Carta organisasi rasmi masih belum diberi kata putus.

Logo syarikat masih dalam peringkat perbincangan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di Facebook @ Myspace atau boleh terus membuat temujanji di UniKL MIMET.

bILE MAU dean list???





Umm, setelah direnungkan, mengapa aku tak pernah mencapai angka tersebut selama 2 sem berturut-turut ialah kerana…

Boring

Ngantuk

X minat

Menyampah

X masok otak

X bermotivasi

Berborak

X sedia

Gangguan emosi

And last but not least,

Lecturer.. x best dan friendly…




ISTANA BUDAYA BERGEGAR !!

Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada para penonton yang memenuhi ruang PANGGUNG SARI ISTANA BUDAYA pada 3 malam berturut dengan menghabiskan ratusan ringgit hanya semata-mata menyaksikan persembahan hebat lagenda Malaysia, DATO SITI NURHALIZA. Keseluruhan berpuas hati dengan apa yang mereka bayar untuk malam-malam tersebut bahkan ada diantara mereka yang mengatakan harga tiket terlalu murah untuk persembahan yang sangat mahal. Justera ramai pihak melebelkan sebagai konsert terhebat yang pernah Dato Siti Jayakan dan Konsert Terhebat yang pernah artis Malaysia adakan.

Terlalu banyak yang ingin dikupaskan pada malam tersebut. Bayangkan, Konsert Eksklusif Satu ini menggabungkan melodi, tarian, grafik dan emosi dalam satu persembahan pentas yang sangat menghiburkan.

Bermula dengan lagu hati, Siti yang begitu anggun dan molek tiba-tiba muncul dari bawah pentas melalui sebuah lubang. Keampuhan vokal dan kelunakan suara mulai terasa.





Seindah biasa dan medley lagu-lagu yang mengangkat nama beliau menjadi santapan seterusnya. Kehebatan set yang berubah-ubah menambahkan sesak nafas didada.

Sebentar berada di kota London, sebentar berada di padang pasir dan sebagainya.




Terbukti beliau mampu mengekalkan kualiti suara,stamina dan vokal dalam masa 3 hari dimana setiap malam memperuntukan 2 jam 15 minit untuk menyanyikan 30 buah lagu.

Itulah, kalau sudah nombor satu, dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki tetap nombor satu.

Segmen lagu tradisional mengimbau kenangan silam sewaktu irama terse

but berada dikemuncak. Menariknya konsert ini, setiap lagu itu dinyikan mengikut kronologi kisah beliau sewaktu kecil, masuk kealam nyayian, alam percintaan, alam kontroversi sehingalah alam rumah tangga. Jelas menujukkan para penonton masuk kedalam kisah yang beliau tampilkan pada malam tersebut. Semua lagu disampaikan dengan penuh emosi.

Takhala beliau menyayikan lagu tradisional, mereka turut mahu menyanyi. Bila siti menyayikan lagu rancak mereka turut menari. Termasuklah apabila siti menyanyi sedih, begitu ramai yang menangis. Inilah magis sebenar yang industri seni persembahan dunia mahukan.




Sempurna. Itulah kata-kata yang mampu diungkapkan sewaktu beliau bersama baju hitam putihnya menyayikan lagu-lagu rancak. Bermain didalam kotak-kotak yang muncul secara tiba. Ku mahu, biarkan, dan pada mulanya dirangkumkan menjadi sebuah muzik yang sangat segar. Teramat segar.

Pendirianku menyaksikan siti nurhaliza berkeras dengan pendirian nya untuk kekal dengan keputusannya menyanyi dan menari diatas sebuah kotak gergasi.

Siti muncul dari atas menerusi lagu destinasi cinta. Tiada apa yang yang tidak menarik. Sangat professional. Bimbang juga para tetamu sekiranya beliau terjatuh. Mampu berkawad dan menari dengan sangat lincah sehinggakan ada diatara tetamu yang mengatakan..”beyonce pasti menarik diri dari dunia seni seandainya beliau melihat apa yang sedang siti lakukan”.. masakna tidak.. Siti sedang tarik, tapi masih sempat menari sambil tersenyum manis. Bertapa bombastiknya beliau.





Sememangnya hanya pujian yang mampu diberi. Kerana tiada kritikan yang mampu dinyatakan.





Ini pula mengenai sebuah lagu berentak jepun, kuriaan dalam samaran. Beliau memakai baju yang barkain sepanjang 3 tingkat. Ditambah kesan visual dan lampu yang sangat selesa berkerja dengan siti. Not tinggi dan rendah semuanya menjadi. Mungkin selepas ini tercatat nama beliau selaku pemilik vokal terhebat selepas niky satria. Mungkin anda perlu mengintai lagu ini dimana-mana sesawang, seperti youtube. Lihat bertapa kemasnya bersembahan beliau.

Tanpa dendam dihati membuktikan siti tiada tandingan. Tidak salah sekiranya din

yatakan Siti nurhaliza mampu menyanyikan lagu GEMILANG lebih dashyat daripada penyayi asalnya.






Siti kelihatan sangat lawa pada ketiga-tiga malam tersebut. Ditaman teman mengakhiri persembahan beliau pada malam itu. Tidak sedar 30 lagu sudah habis dinyayikan. Tiada sedikit pon rasa bosan dalam diri para penonton. Tandas Istana Budaya Boleh dikatakan tidak Kotor gara-gara para penonton sayang mahu meninggalkan kerusi mereka pada malam itu.

Kesimpulannya, beli DVD konsert ini seandainya mereka jadi menerbitkannya untuk tatapan umum.

Laporan:-

www.azharissue.blogspot





PANDANGAN DIVA-DIVA ASIA


"Siti bukan sahaja legenda, tetapi dia merupakan sejarah paling hebat dalam industri muzik Malayisa. Anda harus bangga memilikinya.
"Saya sangat bangga dengan pencapaian Siti. Bahkan, saya fikir semua orang di Malaysia juga harus berbangga dengan apa yang dilakukannya buat negara"

- Kris Dayanti-



"Spektakular! Hebat sekali Siti Nurhaliza. Vokalnya hebat, tariannya sungguh menarik perhatian saya. Pakaiannya juga aduh sungguh cantik sekali. Bertuah Siti mendapat peluang yang baik seperti ini. Anda di Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai seorang bintang sebaik dia -


-Rossa-

"Tabik buat Siti. Saya benar-benar terhibur dengan persembahannya. Konsert ini berjaya dalam segenap aspek,"


- NIng Baizura-



komen artis2 yg menonton persembahan SATU Siti Nurhaliza dipetik dari Utusan Malaysia today!


16/06/09

Hepy Birthday 2u


Last Sunday, kitorg mengadakan sambutan harijadi secara serentak untuk kedua-dua adik aku yg last dan second bongsu.
Hahaha…
Yang kecik pilih green apple manakala yang beso skit tuh amik coklat.

Btw, thanx to all jemputan.
Kalau x kerana korg mkn x abis.
heheh

PENANTIAN......





Berapa lama ..mesti kunanti sinar cahaya matamu.

Gemerlap bagai bintang menghiasi mlm,

Mlm yg mengetuk diriuku

Berapa lama, ingin ku tunggu

lontaran suara dari bibirmu

memecah hening kalam

kalam syurgawi

pada sebuah hati yang sedih.

Penantian satu seksa yg tdk tertanggung.

Oleh tubuhku yg kering dan layu.

Kepastian satu penawar dlm suka dan duka.

Yg meniti dimulutmu

12/06/09

Akuuu KeLiRu MeNjAdi bUNtU....

Sem akan datang aku berhasrat besar untuk bertukar kelas. Namun, jika diperhalusi aku

Bakal mengecilkan hati ramai pihak dan tidak kurang juga mengembirakan pihak yang lain.

Selepas dipertimbangkan, aku nekad untuk berhijrah, yakni sebagai langkah Revolusi untuk aku mengapai kejayaan yang selama ini aku idamkan.

Aku keliru menjadi buntu, arah yang ingin kutuju,

Rasa-rasaku kian celaru, Dengan ilhamku tempuh.

Aku cuma mahukan, Bayangan resahku akan hilang,…..

Tapi keadaan memaksaku hadapi semua

Inikah revolusi? Atau hanya illusi,Bagaikan mimpi jadi realiti

Rasional diriku, Untuk kemasa-masa depanku.

Adakah masa menjadi punca? Diriku dalam dilema,

Benarkah anjakan paradigma,Susuliku terima