30/05/11

Tiada Duka Yang Abadi........

Mood Masjid Besi, Putrajaya



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini





Kredit to : Opick


20/05/11

Fake Profile??




OK dalam mase menunggu orang nie kita update blog sekejap.
FAKE PROFILE.

x kire la FACEBOOK, TWEETER, FRENSTER or myspace yg sudah bermula semejak dulu kala lagi.

Seandainya fake profile itu artis, mesti sng je nak detect. but if DIMILiki oleh seseorang yang tak dikenali/non-fofular person, it gonna be DANGEROUS...


terlampau ramai diluar sana yang menjadi FAKE.
motif sebenar???

empunya diri je tau.

ada FAKEr mengancam keselamatan dan ade FAKEr yang biasa-biasa. namun ianya ttp menyalahi undang2 manusia kerna mencuri a.k.a mencabuli hak seorang manusia.

0 % of originality tp orang lain ingat 100% originality.

beringatlah wahai FAKER -FAKER sekalian tidak takutkah anda jika ditangkap suatu hari nanti.
entahlah kadang-kadang kita pon x tau sama-ada wujudkah PROFILE lain yang bukan kelolaan kita. Internet terlampau luas padangnya.

apa-apa pun. nasihat saya, seandainya ade orang nak ADD, lakukan penyiasatan kecil keatas individu tersebut. ianya sangat bahaya. TERSANGAT.

if rase mcm lain, reject saja. hak anda untuk menerima atau menolak permintan itu.

ok.. so pasni kita kena lebih tegas dalam memilih dan menerima rakan laman sosial. RAMAI KAWAN TAPI TAK TERJAGA PON BUAT APA KAN???


so... disini sahaja.. posting akan datang nak buat tribute la,, tp masih mencari meterial.. Maybe ttg AF. x kisah la sbb ak da mula suka.

ok ..wachaa..adios.. po tu amor! haha.. wasalam.. :)

16/05/11

RAWATAN KE-rumah anda











Ramai Yang Telah Mecuba dan ternyata ianya berkesan. Saya juga begitu. Anda bila lagi?

15/05/11

Dah Belajar ke Mana anda??

Assalamualikum dan salam sejahtera semua. seminggu dah tak update blog rasa asing pulak. hurmm biasa laa busy sikit.

hurmm.. memandangkan diri pon baru habis belajar,(Dip sje), tertanya-tanya jugak pada diri sendiri apa yang nak dibuat selanjutnya.

pernah tak anda rasa seperti diri tak berguna??

saya selalu jugak rasakan perasaan itu. muncul bila kita duduk dan teperap dirumah. sedangkan kita tahu ada sesuatu yang kita boleh lakukan.

sebenarnya sangat x selesa kan. lebih lebih lagi melihat adik bangun pagi-pagi pergi sekolah.. anehnya perasaan tuh.


tapi sekarang semuanya semakin berkurang. tipsnya.. sibukkan diri dengan sesuatu aktiviti. banyak sebenarnya kerja yang kita boleh buat. yang penting jangan menyusahkan orang lain. dan yang paling teruk sekali kalau...


"duduk saje, pastu nak condem + distort orang habis-habisan .aiyoo ...sangat wujud orang macam ini" biaq pi r.


anda-anda yang seangkatan dengan saya mcm mane pulak.. mungkin ada yang tgh berkerja dan ada yg sgt ligan mencari kerja. tu semua bergantung pada usaha dan rezeki masing-masing.



Ok la. disini azhar issue mau amik kesempatan kepada sesiapa yang berminat nak join contest percuma + menangi hadiah berjumlah RM 200 ++, click dibawah.. selamat mencuba !!





ads

5/05/11

Selamat Tinggal MIMET







Hari ini, 6 MAY 2011 (jumaat). Merupakan Hari Terakhir Sebelum meninggalkan tempat berjuang mendapatkan segulung diploma selama 3 tahun.

Disini juga telah bermula pelbagai kisah suka dan duka. Hilai Tawa. Tangis Terluka. Namun itu semua secara pribadinya ingatan yang tidak akan berakhir manisnya.

Sepanjang berada disini, banyak perkara yang mendewasakan diri. Sesungguhnya dewasa itu bukan mengenai tubuh yang besar dan gempal, tapi ianya tentang bicara dan akal.

3 tahun bukan saja memperuntukkan diri agar menjadi dewasa, malah memberi peluang mengetahui siapa madu dan siapa bisa. Siapa sejati, siapa dihati. Siapa penyesak dan siapa mendesak.

Dalam durasi itu juga, sudah pasti ada sesuatu yang jika ianya dipisahkan dari kita, mendatangkan sedikit rasa yang kurang selesa, Ianya tentang sahabat. Alhamdulilah dan syukur kepada tuhan kerana memberi peluang dan ruang merasai dan mengecapi nikmat bersahabat. Ianya sesuatu indah, namun harus banyak menelaah,Bertolak ansur mengambil berat, jujur, ikhlas dan amanah. Susah senang harus bersama. Kerna itu rukun menjadi sahabat berguna.

Syukur sekali kerana diri terasa sangat dihargai. Bukan sahaja memiliki sahabat indah yang abadi, namun diberikan peluang melatih diri. Keyakinan dan kebolehan diri teruji. Tidak pernah terlintas dihati, untuk menjadi pengacara majlis dan penyanyi universiti. Menjadi pendebat mahupun sehati dengan pucuk pimpinan JPM tertinggi. Menjadi tempat menghilai tawakan diri. Kerna dulu diri tidak seperti hari ini.

Terima kasih sekali lagi kepada universiti. Kepada pihak yang banyak memberi. Kepada mereka yang jarang memungkiri dan kepada mereka yang tidak mempergunakan diri ini.

Benar sekali, 3 tahun itu umpama hampir tidak dirasai. begitu pantas ianya berlari sedangkan kadang kala terasa diri sedang di tinggali. Bayangkan jika hampir setiap hari, memikirkan detik dan waktu pertama kali diri disini. Dahsyatnya, begitu pantas sekali.

Disini diri ingin mengambil kesempatan mengucapkan lebih dari jutaan terima kasih yang tak terperi kepada mereka yang mengenali. Dan kepada mereka yang terus bersama hingga ke hari ini. Semoga ianya bukan pertemuan terakhir, namun permulaan yang baru bermula dan tiada pengakhir. Terima Kasih Kepada Mereka Ini :


Kak Nurul
Wia
Quiah
Adda
Yus
Peah
Anz
Mamal
Opie
Kudus
Ayie
Fius
Suraya
Izzati
Huda
Ridwan
Saufi
Daniel Syafiq
Azim Subki
Lee
Nur Athirah
Ferra
Rabz
Lia
Tika
Zef
Yana
Eira
Akma
Muzamel
Bazli
Adam
Lamino
Anis
Mdm Kamariah
Mdm Rowena
En. Khairil Jafuan
En. Choi
Mdm Fiza
En. Shahril

















Dan kepada semua yang mengenali diri. sesungguhnya setiap seorang dari anda mendatangkan impak tersendiri kepada diri.

Walaupun, masa mendesak kita, jangan lupa siapa yang membantu kita sepanjang desakan itu.

Disini, diri juga ingin memohon maaf kepada semua sekiranya terdapat kesalahan perbuatan dan ketelanjuran kata. Diri tidak bermaksud melakukan sebarang cacat dan cela. maaf dipinta. Jika ada rezeki untuk kita bersama, insyaallah kita akan bertemu semula. Inilah adat dunia, pertemuan pasti bertemu perpisahan. Namun ia terpulang kepada kita, sama ada perpisahan yang pernuh indah dan ceria ataupun dangan penuh tangis dan hiba.



Semoga kita bertemu dialam seterusnya. Buktikan pada semua kita mampu berjaya. bukan hanya berkata tetapi membuktikan pada paksi yang nyata. Sungguh pun berat untuk mengucapkannya, namun harus tetap dilakukan jua.
Selamat Tinggal dan selamat jalan semua. Jangan Lupa Tentang Kita.

Saya akhiri penulisan pada entri kali ini dengan sebuah lirik, dari peterpan. Assalamulaikum dan sejatera keatas kamu semua.





Tentang Kita

waktu terasa semakin kelabu
tinggalkan cerita tentang kita
akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita

3/05/11

Salah Satu Tempat Terindah Didunia.

Ada seorang kawan cakap tentang tembok besar china. tiba-tiba terbayangkan keindahan alam ciptaan tuhan. maka terwujud lah entri pada kali ini. kali ini AzhaR IssuE ingin membawa semua pembaca ke Greece.


Navagio Beach. Pantai yang pasirnya sangat putih terletak di Pulau Zakynthos.

Antara salah satu tempat terindah didunia mungkin.

Maka, kepada sesiapa yang teringin nak pergi belajar pandai pandai, cari duit rajin- rajin.




GamBAR ikhsan GOOGLE


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Navagio Beach













2/05/11

Japanese Wet Roller Coaster



Jom Kita cuci mata dengan Keindahan Dan Kehebatan Rakyat Jepun Menghasilkan Sebuah Permainan WAJIB bagi sesebuah taman tema. "ROLLER COASTER". Sesiapa yang nak mencuba bolehlah ke The Cosmo World Japan bukan The Cosmo Times Square. :)

Rasa Macam Nak Menjerit je. haha.*
Idea Yang sangat Kreatif.. umm malas nak cerita panjang.Tengok dan nilai sendiri.. adios.



*ayat berbintang merujuk kepada Reaksi seorang yang over !




































More Details Check Their Video At Youtube. :)

1/05/11

Jom Bereskan SI BUSY BODY




Bagaimana untuk menguruskan mereka yang “BUSY BODY”. Bukan sahaja begitu bebas mengular dalam golongan wanita malah lelaki juga.

Posting pada kali ini bukanlah untuk mengecam golongan sebegini tetapi membantu kalian mengenali siapa mereka dan bagaimana mereka hebat dipersada “Busy Body”




1.) Golongan “BUSY BODY” pasti wujud dalam kehidupan anda. Contohnya, anda keluar makan dengan kawan lelaki, mungkin pada masa itu si”Busy body “ terserempak di tempat yang sama. Maka terciptalah hot story telling yang baru. Apa yang dinampak kadang kala juga mampu di :TWIST” mereka sebanyak 360 darjah! ."

Weyh Lina, Si Khadijah keluar dengan Ahmad sambil pegang tangan.dibelah kiri dan pegang Vodka dibelah kanan !!. (Anda Nampak gambarannya?)


2.) Maka berulang-ulang kali orang bertanya kepada anda tentang kejadian itu. Pelbagai soalan misteri pon menjelma. Tak syak lagi, BUSINESS si busy body laku ,sebab hujahnya terbaik dari ladang.

3.) Seterusnya, inilah masanya untuk bergembira. Menganggap seperti anda tidak tahu apa yang terjadi dan siapa yang menyebarkan walaupun anda sudah mengetahuinya. Make them squirm while looking them right in their nosey eyes. Haha.. kalau boleh berborak mengenai gossip anda bersama orang yang bertanyakan anda mengenainya dihadapan BELIAU. Atau mungkin buat-buat “phone call “ PRETENT that someone talk to you about your “bulletin utama”

4.) Dalam perbualan itu, mungkin terapkan sedikit kononnya orang memberi kata perangsang yang anda tidak bersalah. Dan anda gmbira dengan bulletin yang nyata tak Berjaya itu.



Tips dan Amaran

Anda akan rasa tenang dan nyaman apabila mereka menyedari bahawa mereka masih belum popular dan tidak ada yang peduli tentang gosip bodoh mereka.

Jangan terlampau gelakkan orang kerna itu tak bagus orite.. J Enjoy your days.