19/02/11

TRIBUTE 6 : Fantastic Fanatic Simplysiti.

Tribute yang terhasil adalah 100% original daripada penulis. Dilarang mengunakkan sebarang teknik utk copy n paste yg begitu giat berleluasa ketika ini. As u know “original is always worth than copy” thus create ur own.

Sebarang kesilapan mohan maaf dipinta. Hanya sakadar tujuan penghargaan dalam bentuk hiburan sahaja. Fakta yang diperoleh berdasarkan pengalaman penulis bersama si TRIBUTE sepanjang pengenalan kita. Kepada mereka yg tidak terpilih maaflah kerna penulis juga manusia yg x sempurna dan perlukan ruang serta masa utk berkarya. So, enjoy.

Axhar Manywokaq

Azhar Issue Creator



Jika tribute sebelum ini menyaksikan penceritaan diadaptasi daripada mereka yang azhar issue ketegorikan selaku sahabat/teman rapat yang pernah dilihat/disentuh oleh mata sendiri. Namun posting pada kali berbeza sedikit

. Kawan yang dikenali melalui ruangkan forum yang ditelaah hampir setiap hari beberapa tahun lepas.




Membahasakan dirinya khyree, seorang pemuda singapura yang begitu hebat minatnya. Minat ape?? Minat Kepada Siti Nurhaliza. Itu juga salah satu minat azhar issue semenjak kecil lagi yang membesar bersama lagu-lagu dan cerita yang berkisarkan kejayaan beliau.


Khy merupakan seorang pelajar yang begitu hebat kemampuan dan pengetahuannya dalam hal ehwal ICT. Dek kerana kebolehannya itu, maka dengan ketabahan dan kesungguhannya itu beliau membuat radio 100% memutarkan lagu siti yang pada mulanya dikelolakan oleh beliau seorang. Ingat lagi azhar issue pada ketika itu CTFM (satu-satunya radio siti nurhaliza milik khyree) beroperasi dengan waktu dan harinya beroperasinya yang terhad. Dialah pemutar lagu, dialah pengelola program dan dialah si Deejay. Extravaganza sungguh kemampuannya. Untuk pengetahuan semua, beliau melakukan atas dasar minat yang begitu menebal walaupun tiada bayaran yang diberikan.


Hasil berkat keseungguhannya itu kini CTFM mencapai suatu peringkat yang membanggakan dimana mendapat pujian dan liputan meluas dari media-media tempatan . sudah pastinya ia menjadi titik tolak yang sangat berharga buat insan ini.


Berdasarkan pemerhatian saya jumlah pendengar juga semakin bertambah. Kepada yang masih belum berkesempatan atau tidak pernah singgah silalah ke sesawang http://www.radioctfm.com facebook : RadioCTFM atau


Pernah suatu masa dahulu azhar issue membuat permintaan kepada khyree menyebut nama azhar issue dan beberapa orang rakan yang lain ketika deejay khyree sedang mengulas. Terkesima apabila nama kami disebut.


Kekaguman azhar issue terhadap beliau tidak terhenti begitu sahaja, beliau acap kali membuat poster siti yang begitu teliti dan hebat hasilnya. Pengetahuan beliau mengenai siti bukan calang-calang. Sanggup terbang ke Kuala Lumpur beberapa kali gara-gara konsert Siti disini. Gambar beliau bersama siti sering kali menimbulkan sedikit sebanyak rasa cemburu. Siti Nurhaliza juga tidak ragu membalas ucapan mahupun soalan yang diajukan oleh khyree.


Ternyata azhar issue belum mampu mengugat tahap Fantastic Fanatic Siti yang Dimiliki beliau. Meskipun belum penah ketemu namun aura pemuda ini begitu kuat sehingga hampir semua peminat siti di malaysia kenal akan Khyree.


Buat Khyree semoga sukses selalu.

P/s: Jika Siti Nurhaliza membaca : “saya nak berduet dengan kak siti” ;)

1 ulasan:

................ berkata...

TQ So Much for this undivided appreciation.. I appreciate your effort of writing abt me in your blog.. Thanks once again ;)