27/12/08

Dari hATi JATUH kEHATI




Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Angan adalah titik mula sebuah kenyataan. Hanya dengan angan, hari ini aku menggapai erat satu impian. Aku ingin menyapu awan!!, berlari meniti pelangi !!, membelangi tiap warna yang akhirnya bertali pada aras bumiyang nyata lagi jauh meninggalkan mimpi.

Disini aku duduk tidak senyap, bergelumang untuk merasai sendiri nikmat atas kerja kuat mencapai tekad dan juga memperjuangkan mandat!!. Mandat emakku, ayahku dan seluruh keluargaku serta impianku.

18 tahun diatas muka bumi ini, buat pertama kalinya aku ingin menjunjung kasih kepada semua. Tatapi malanganya, nasib acap kali tidak menyebelahiku. Jenuh aku mencari puncanya. Kusut aku mencari penyelesaiannya. Pernah juga titisan air mata membasahi pipi. Tetapi disebalik kegagalan terdapat kegemilangan. Yang mana orang lain tidak memilikinya.
Kejayaanku tidak hadir dariku seorang. Ia datang daripada “mereka” yang berdoa panjang serta sekian lama bersama dalam susah dan senang.

Kini, aku semakin sedar sejauh ini aku melangkah, aku masih tertinggal banyak perkara yang harus diredah. Masih luas jalan yang harus dilangkah, masih banyak cabang yang harus ditongkah!!

Namun, sehingga ke hari ini, aku masih belum mahu berhenti bersyukur. Terlalu banyak pihak yang membantu, aku seorang tidakkan mampu.

Terima kasih sejujurnya dari hatiku buat semua yang telah bekerjasama dan berganding bahu. Begitu ramai individu yang membantu dan demi cita-cita ini kita menjadi satu!!.
Usahkan pujian, kritikan yang kuterima semuanya dimampatkan menjadi pedoman.

Kepada keluarga, emak dan abahserta adik beradik, kita berani melalui semua ini, kita merasainya dari setiap inci dan kita harus berbangga kerana itulah perjuangan yang mana kita telah memberi bukti.
Sanak saudara yang kucintai, sesungguhnya setiap usaha dan kesungguhan amat ku hargai.

Guru-guru yang tegar membimbing,
Pn Hajariah, Pn Salina, Pn Elizabeth Lucy, Ustazah Fariah, Pn Rohani dan kesemua tanaga pengajar dari peringkat permulaan, tuisyen sehinggalah universiti.

Kepada rakan rakan,
Akmal, Mussadiq, Drussalam, Akila, Hayatun, Fisha,Gabriel, Amalina, Afiah, Azlyana, haziq…

Opie,Boboy, Adi, Ijat, Daniel, Najmil,Anz, Mamal, Saiful, Naquiah, Maya, Ain, Zaf….
Serta semua individu yang mungkin tidak aku sebutkan namanya disini. Kamu memberi aku kekuatan dan sama-sama berkongsi kejayaan, inilah berkat kesabaran dan keihlasan.
Terlalu banyak nama yang tak tersebutkan. Tetapi aku mengakui akan uasaha yang telah kamu berikan.

Bilamana kamu pada suatu ketika pernah membantu usahaku ini. Aku dengan ini mengucapkan terima kasih seiklasnya dari hati.

Memori ini begitu mustahil untukku letakkan noktah. Kenangan yang tidak mungkin menjauh dari sanubari. Seribu tahun lagi, kumahu kenangan masih mewangi, menyubur disetiap hati generasiku nanti.

Perjuangan ini bukan untukku seorang. Dimedan ini ku ingin mengambil dan memberi, menerima dan membahagi. Lantaran atas semua kegagalan dan kejayaan yang lalu, aku bersyukur kerana setiap langkahku harus diiringi Allhamdullilah…



Yang benar
AZHAR
( Muhammad Azhar )

22/12/08


4 da first time aku introduce family kat blog nie..
Sbb bru dpt keizinan.
Klau main truk jew mak aku suke check. Nanti kantoi plak..
Ape2 pon nie family aku… hahhah ( ramai x )



Skunk ak tgh cuti sem..humm… quite boring…
Huhhuhu..
Tpi ak ade laa wat beberape perkara dgn mengisi mase sbg seorg “unemployeed”.

So enjoy citer nie ( ak wat only 3 jam je..) n satu lg sory for the grammatical error!!






Aku dan zaidi asyik memancing di tengah laut sejak pagi tadi. Oleh sebab banyak ikan yang diperoleh, aku tidak sedar bahawa jam sudah pun menunjukkan pukul dua petang. Pengalaman kali pertama memancing dilaut ini amat bermakna bagiku. Itu pun zaidi mengajakku kelaut dengan menggunakan bot bapanya.

Tiba- tiba zaidi menengadah ke langit dan kemudian dia terus mengajakku pulang. Dia cuba menghidupkan enjin bot beberapa kali, tetapi enjin bot tidak dapat dihidupkan. Dia mula berasa cemas. Peluh mula membasahi dahinya. Awan semakin hitam dan angin bertiup kencang. Guruh berdentum dentam dan kilat sambung menyambung.

Kecemasan yang dirasai oleh zaidi sudah mula meresap kedalam perasaanku ini. Naik bingung akalku dibuatnya.

Namun, tiada apa yang mampu dibuat. Mutiara langit sudah mula membentuk muka muka air. Ada juga yang turun memenuhi ruang bot. ketika itu aku ligat membuang air yang bertakung di dalam bot.

“Azhun teruklah kita kali ini ! hujan semakin lebat, bot pula tidak berfungsi,” ujar zaidi dalam antonasi yang terketar ketar.

Walaubagaimanapun, aku tidak hiraukan akan ujaran itu. Aku tahu tidaka ada gunanya ia kami terus berdiskusi, ia hanya membuang masa. Apa yang penting ialah mengeluarkan air hujan yang mula membasahi lantai bot.

Hanya sekelip mata. Bayangkan lautan yang luas bertambah luas lalu menjadi semakin biru dan terus biru, sebiru haru!!. Pokoknya hanya ntuhan saja yang tahu.

Hujan yang bertambah lebat membuatkan otak kami beku seperti di cotok unggas. Tiada panggilan yang berjaya dibuat. Tiada deruan enjin yang kedengaran. Tetapi hanyan pandangan mata yang semakin tersekat.

“Begitu lebat hujan yang turun “, keluh hatiku bimbangkan keadaan.

Pada detik tersebut, beribu andaian mula melintasi ruang legar mindaku. Mungkinkah tsunami akan terbentuk?, adakah bot akan ditabrak oleh kenderaan laut sebesar kapal kepten Sporrow? Dan adakah jerung ingin menhjamah mangsanya?.
Keadaan bertambah parah apabila hari mulai senja. Gelombang pula semakin rimas dengan kehadiran kami yang hinggap diatas mereka. Mereka memukul bot yang semakin hilang arah itu mengikut kehendak mereka.

Tiba tiba, zaidi yang sedang hangat berusaha mencari jalan pulang, kini terdiam. Rupa rupanya dia diserang asma. Tercungap cungap dia bernafas.

“tolong ambilo pam asma di dalam kotak itu”, kata zaidi yang sedu dalam renyai hujan yang membasahi seluruh ceruk tubuh kami.

Malang tidak berbau,aku tersungkur dan pam( inhaler) itu tercampak kedalam air yang begitu bergelora. Betapa malangnya nasibku!!

Zaidi hanya terpaku kegersangan melihat gelagat itu. Tetapi, mujurlah aku mampu menyelamatkan nyawa kedua zaidi yang dibungkus rapi dengan jubir dengan hanya menggunakan mata kail.

Sudah 11 jam kami terperangkap di lautan yang entah di mana koordinasinya. Musuh kami, iaitu hujan masih belum mahu meredakan kelebatannya. Malam itu hanya disinari oleh cahaya guruh yang asyik sambar menyambar.

Apabila masuk pada jam seterusnya, yakni semakin kami dalam keletihan dan lemah longlai, hentaman ombak yang aneh sudah mula dirasai.

Namun segala galanya telah kami sediakan. Kami menyarung jaket keselamatan demi perlindungan diri daripada musibah yang bakal diterima.

Segalanya gurauan. Omabak yang mengalukan hentaman aneh sebentar tadi hilang. Mungkin pulang mencari anaknya. “siapa tahu? “, senda zaidi.

“Arghhhhhhhhh…..”, zaidi berteriak. Aku mengerti. Mungkin keheningan malam telah membangunkan kepayahan jiwanya lalu meluahkan segalanya dengan pekikan. Jika aku mampu, mungkin aku turut lakukannya, namu aku mencuba.

“Ahmmmmm……”, menjadi tetapi tidak segagah zaidi kerana aku lain. Aku bisu!!. Muhammad azhun bisu”, dakwa hatiku lagi.

Sememangnya puas, sangat puas apabila menjerit. Entah mengapa zaidi menanggalkan jaket keselamatannya itu. “Aneh”, jerit batinku.

Entah mengapa juga kami dikejutkan dengan pukulan yang mantap paduannya. Tidak sebesar tsunami. Aku yakin itu bukan tsunami. Hanya setinggi sebuah bas. Walaupun begitu air laut tetap mahu menelaah kami. Perasaan ngeri menyelubungi diri.




‘jika ada tali ditengah lautan, akan ku tarik hingga ke muara”, kata kata itu adalah kata hatiku yang terakhir sewaktu diatas bot.

Selepas itu, aku dan zaidi dibantai oleh bermacam macam jenis ombak. Kami dengan rasa takutnya memegang erat diantara satu sama lain.

Sehinggakan pada suatu ketika, gengaman kami diputuskan oleh deruan ombak yang begitu gergasi kekuatannya.

Kemasinan air laut tidak lagi aku rasakan. Hanya fikirkan diri yang akan mati. Betapa kerdilnya diri ketika berjuang. Berjuang menyelamatkan diri. Bukan sahaja diri, malah rakan yang banyak memandu diri.

Selepas itu, entah apa yang telah terjadi selepas aku tidak lagi sedarkan diri.

Para nelayan sedang sibuk mencari hasil. Mungkin telah ditakdir bahawa salah seorang dari mereka menemui diriku. Dia menyelamatkan aku sewaktu aku terapung apung di permukaan air seperti kiambang yang layu. Aku dihantarnya ke hospital cherating bagi menjalankan rawatan. Syukur aku selamat.

“Badanmu putih anak muda, seputih pasir dipantai”, ujar seorang nenek yang selesa dengan panggilan Darma Opah.

“Bagaimana kamu boleh berada ditengah lautan yang menjadi laluan kapal kapal besar itu?”, soal seorang insperktor polis yang segak mengenakan pakaian seragam.

Aku menjawab segalanya denagn menggunakan isyarat tangan. Segalanya.

Setelah selesai disoal siasat, aku dikejutkan dengan berita yang begitu meruntunkan jiwa dan raga.

“Rakan kamu, En zaidi masih tidak akami jumpai”.

‘Pihak polis,orang awam dan keluarganya sendiri sedang giat mencari mayat zaidi”,

Hancur hati ini mengenangkan nasib yang menimpa. Hati ini seperti dirobek dan menjadi kepingan setelah aku tahu zaidi pergi tanpa fizikalnya ditemui.

Sehinggakan kini, iaitu setelah 3 bulan kejadian itu berlalu. Mayatnya yang mungkin telah rakus dimamah ikan masih belum mampu dibawa kembali.

Entah dimana dia berada. Teluk benggala, laut arab, lautan pasifik atau lautan hindi. Maaf aku tiada jawapannya. Apa yang ada, perasaan hampa yang terbuku didalm jiwa.

Mengapa hidup aku seringkali merembeskan masalah? Mengapa tidak melarang zaidi daripada menaggalkan jaketnya?

Betapa bersalahnya diri ini. Untuk meneruskan kisah hidup yang masih panjang, pasti diri ini akan dihantui denagn rasa berdosa.

Mana tidaknya. Dikala aku gembira dia pun suka. Takhkala aku berduka dia pun terluka.

Sungguhpun begitu, aku akan tetap menuggu kepulangan zaidi. Walaupun engkau hanya sekeping rangka.

Tragedi itu telah membuatkan aku musykil. Musykil dengan ketenangan laut dan ragu dengan dengan kecerahan langit.

Usah menyangka laut yang tenang tidak akan berkocak dan jangan berharap langit yang biru takkan menangis.

Satu soalan aku, dimanakah kini kau berada? Tidakkah kau rindu akan temanmu yang ingin mengaku hamba?

15/10/08

Teratak Bonda dan Ayahndaku...




fuhh.....
sedih tol..

skarang citer lain plak!!
miss my room..
my Chucky..
tpi malang nye blik haku kat blakang...
OoOoOoOoOo...

Jukss...

Date: 18 October 2008
Time: 1.30pm - 11.30pm
Venue: Car Park A, Bukit Jalil

The lineup:


Noon Jam
Harmacy
Jeopardize
Estrella
Plague of Happiness (cuite lol)
Couple (my soul is here)
Blind Tribe
Laila's Lounge (aku punyew)
They Will Kill Us All

Evening Down Time

The Aggrobeats
Koffin Kanser
Kugiran Malaya ( them hot)
Seven Collar T-Shirt
Pop Shuvit
Dragon Red
The Pilgrims
Pure Vibracion

Full Moon
One Buck Short
Bittersweet (best among the rest)
The Times
Republic of Brickfields
Love Me Butch
Meet Uncle Hussain
Butterfingers
OAG


Ohhhnnn.

no ...
it really2 damn..
aku terlepas lgi show yg besar cam gnie!!
x aci.
adik haku jew yg aku x!!!

its not fair...
im waiting 4 this kami the gig at stadium putra for along time..
but then...
its nothing!!!

4 sure aku longlai jgk arr ...
nak g x leh..
huuuu.....
dah arr OAG punyew ari tu pon haku terlepas..
nape dorg x wat mase cuti skoll??

7/10/08

hAlooooooooooooooo..

Raye for me is now finish!!
final exam now is around the corner...

hummm..
tpi raye ari tu kelam kabut jgk lew...
huhhu..
tired, messy, but nice and unbeatable also...

For sure duit raye banyak..
coz aku x keja dan makcik ngan pakcik aku belambak!!

Tapi macam mane ngan korg??
is it ok??

Hello!!

14/09/08

Huhhhhhhhhhhhhhh!



1.)hari ini hari yang amat membosankan...
hummm aku tidak tahu apa yang ingin dilakukan..


2.)jadi mengapa dia langsung tidak berasda bersalah???
sampai bile dia ingin meneruskan sandiwara..??
walhal aku hanyalah cla.........................


3.)jadi aku hanya perlu tunggu sehingga dia menunaikan janjinya..
dan jikalau orang itu membaca tulisan ini.
kembalikan semula hak aku!!!!
jangan berfikiran kolot.
berpijaklah pada bumi yang bulat..

wasalam...
selamat berbuka puasa