19/02/11

TRIBUTE 6 : Fantastic Fanatic Simplysiti.

Tribute yang terhasil adalah 100% original daripada penulis. Dilarang mengunakkan sebarang teknik utk copy n paste yg begitu giat berleluasa ketika ini. As u know “original is always worth than copy” thus create ur own.

Sebarang kesilapan mohan maaf dipinta. Hanya sakadar tujuan penghargaan dalam bentuk hiburan sahaja. Fakta yang diperoleh berdasarkan pengalaman penulis bersama si TRIBUTE sepanjang pengenalan kita. Kepada mereka yg tidak terpilih maaflah kerna penulis juga manusia yg x sempurna dan perlukan ruang serta masa utk berkarya. So, enjoy.

Axhar Manywokaq

Azhar Issue Creator



Jika tribute sebelum ini menyaksikan penceritaan diadaptasi daripada mereka yang azhar issue ketegorikan selaku sahabat/teman rapat yang pernah dilihat/disentuh oleh mata sendiri. Namun posting pada kali berbeza sedikit

. Kawan yang dikenali melalui ruangkan forum yang ditelaah hampir setiap hari beberapa tahun lepas.




Membahasakan dirinya khyree, seorang pemuda singapura yang begitu hebat minatnya. Minat ape?? Minat Kepada Siti Nurhaliza. Itu juga salah satu minat azhar issue semenjak kecil lagi yang membesar bersama lagu-lagu dan cerita yang berkisarkan kejayaan beliau.


Khy merupakan seorang pelajar yang begitu hebat kemampuan dan pengetahuannya dalam hal ehwal ICT. Dek kerana kebolehannya itu, maka dengan ketabahan dan kesungguhannya itu beliau membuat radio 100% memutarkan lagu siti yang pada mulanya dikelolakan oleh beliau seorang. Ingat lagi azhar issue pada ketika itu CTFM (satu-satunya radio siti nurhaliza milik khyree) beroperasi dengan waktu dan harinya beroperasinya yang terhad. Dialah pemutar lagu, dialah pengelola program dan dialah si Deejay. Extravaganza sungguh kemampuannya. Untuk pengetahuan semua, beliau melakukan atas dasar minat yang begitu menebal walaupun tiada bayaran yang diberikan.


Hasil berkat keseungguhannya itu kini CTFM mencapai suatu peringkat yang membanggakan dimana mendapat pujian dan liputan meluas dari media-media tempatan . sudah pastinya ia menjadi titik tolak yang sangat berharga buat insan ini.


Berdasarkan pemerhatian saya jumlah pendengar juga semakin bertambah. Kepada yang masih belum berkesempatan atau tidak pernah singgah silalah ke sesawang http://www.radioctfm.com facebook : RadioCTFM atau


Pernah suatu masa dahulu azhar issue membuat permintaan kepada khyree menyebut nama azhar issue dan beberapa orang rakan yang lain ketika deejay khyree sedang mengulas. Terkesima apabila nama kami disebut.


Kekaguman azhar issue terhadap beliau tidak terhenti begitu sahaja, beliau acap kali membuat poster siti yang begitu teliti dan hebat hasilnya. Pengetahuan beliau mengenai siti bukan calang-calang. Sanggup terbang ke Kuala Lumpur beberapa kali gara-gara konsert Siti disini. Gambar beliau bersama siti sering kali menimbulkan sedikit sebanyak rasa cemburu. Siti Nurhaliza juga tidak ragu membalas ucapan mahupun soalan yang diajukan oleh khyree.


Ternyata azhar issue belum mampu mengugat tahap Fantastic Fanatic Siti yang Dimiliki beliau. Meskipun belum penah ketemu namun aura pemuda ini begitu kuat sehingga hampir semua peminat siti di malaysia kenal akan Khyree.


Buat Khyree semoga sukses selalu.

P/s: Jika Siti Nurhaliza membaca : “saya nak berduet dengan kak siti” ;)

18/02/11

Kembali Dengan ......Cerita Sihir.


Assalamualikum buat semua pembaca yang sudi meluangkan masa. Agak mengejutkan jugak bila hampir 2 bulan tak update blog naek laa sikit rating pembaca. hehe.. ok la tuh.

tapi hARI INI cerita bukan kisah tentang mencongak rating atau kisah lama x update blog,,,, malah ianya berkaitan dengan sebuah Frasa ringkas yang begitu besar kesannya terhadap kehidupan kita yang Urbanisasi Ketika Ini.



S > I > H > I > R


Tak kira dimana kita berada pada hari ini, sihir sememangnya cukup sinonim dengan budaya yang menular dalam masyarakat umumnya kepada mereka yang kecetekkan mindanya bertingkat-tingkat.




Budaya ini berdasarkan pengetahuan AzhaR IssuE sudah bermula semenjak sejarah kerajaan majapahit dan demak lagi yang bertunjangkan alasan membalas dendam.


selalu kita menguna pakai baris ayat, "yang lepas itu lepas", "yang baik jadikan tauladan yang jahat jadikan sempdan". Namun mengapa SIHIR tetap dipilih sebagai jalan terbaik?

kebelakangan ini juga industri hiburan khasnya begitu banyak menonjolkan karya-karya berkaitan SIHIR yang tujuannya memberi kesedaran kepada mereka yang terus terlena dibuai hasutan syaitan. mungkin sedikit sebanyak memberi kesan terhadap individu yang menonton dan mengambil iktibar.

tetapi bagaimana pula yang masih terpesong dan yang memesongkan akidah dengan menelaah perbuatan sebegini.

Tak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Syaitan telah berjanji akan menghasut anak adam sehingga kiamat menjelma. Yang melakukan keputusan diri sendiri.

Mengapa begitu taksud membuatkan orang taksud kepada kita?
Mengapa begitu teruja memintas kebahagiaan orang lain?
Mengapa begitu gembira menghancurkan hidup manusia?

Jika benar anda mahu kesenangan dan kebahagiaan didunia. Berdoa, patuh kepada allah dan berusaha kearah itu. Bukannya dengan cara yang tidak melambangkan kita manusia.

Berfikirlah kerana Kesengsaraan, kebinasaan, ketidaktenteraman yang dicipta oleh kita untuk orang lain merupakan dosa yang sangat besar.
Kerana ianya merupakan penindasan yang sangat hina.
Hanya Allah sahaja yang berhak memberi ujian seumpama itu kepada umat manusia. kerna-NYA (ALLAH) tuhan kita dan bukannya kita.




Assalamualikum, Bertemu Lagi Pada Posting akan datang.