13/10/11

AKU MAAFKAN KAMU - JAMAL ABDILLAH FEAT MALIQUE




BEST SONG 2011



aku minta maaf di atas segala perbuatanku. ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

-jamal abdillah-

ada teratak di hujung kampung
bawah cermin kopak ada kotak
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak


aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku
maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku

-malique-

atur sepuluh daktil batal yang batil
detik dua usul ditutup satu lagi tampil
dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
minta diisolasi dari dalil busuk jahil
aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
mana cepat terbang atau warna gelang tangan
buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
halusinasi susuli ketandusan ihsan
ubat parut auditori kesan artileri insan
gagal dikesan

chorus

-malique-

timbul tenggelam, timbul tenggelam
acapkali terpendam, acapkali tersergam
cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
ini bukan lagu rindu ini madah dendam
kutimbang tanpa neraca di awal usia
ku dihukum masuk neraka oleh manusia
minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
maafkan mereka, mereka tidak tahu
mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
mereka tidak fasih malah fasik guna kata
kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
maafkan mereka, mereka tiada nilai
ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


kenapa awak tak pukul mereka?
saya tak suka pada keganasan

chorus

-malique-
jangan ahli sihir seru nama maharaja
nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
kalau terpelajar sila guna hak miranda
pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
mereka mula kiri, aku kanan bila baca
sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(alif)
ada teratak di hujung kampung
(ba)
bawah cermin kopak ada kotak
(ta)
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak

REAL STEEL = real satisfaction !!


Ok kebetulan asyik movie marathon dan manjadi seorah yang movie-holic ,, terpanggil untuk buat sikit preview tentang sebuah filem dengan kepuasan yang sangat berganda,, bayar tiket pon rasa berbaloi-baloi.. iaitu



REAL STEEL


ok,,filem yang berkisarkan sepenuhnya tentang manusia terhadap robot MELEBarkan jalan cerita dengan menamaba
h beberapa lagi ramuan bagi mencukupkan rasa.

serius ANDA harus ke cinema untuk layan REAL STEEL. (al-hijab pon best jugak)

olahan bertambah menarik apabila pengarah memasukkan e
lemen


kekeluargaan (ayah dan anak),, disamping menekankan budaya team work dalam mencapai KEJAYAAN yang diingini.

Banyak lawak spontan yang menjadikan ianya semakin menarik dan terus menarik.
tak kurang juga babak emosi yang fuhhhh touching gile.
sooo,, anda memang kena p tengok.

serius kadang-kadang sebelum kita pergi menonton sesuatu mesti nakkan kepuasan dengan harga RM 14 (utk GSC) kan??

jadi selaku individu yang dah tengok... INILAH MOVIE YANG BAKAL MENAIKKAN SEMULA SEMANGAT ANDA SETELAH DIKECEWAKAN DENGAN BEBERAPA MOVIE YANG keputusannya tak menarik bagi kita.


so jangan tunggu lama-lama...takut seat habiss pulaK!!!

saya kasi 9/10 sebab semuanya sgt smooth dan cathy. gembira dan emosi. AND i likeyy.
better than transformer (uhhh)..



jom tengok-tengok antara BABAK-BABAK dalam real steel :::


















11/10/11

Convocation...simple report




Alhamdulilah, setelah 3 tahun berhempas pulas (pulas ke?), mendapatkan segulung diploma, akhirnya penantian itu menjadi kenyataan apabila menjadi salah seorang GRADUAN yang diiktiraf pada 8 OKTOBER 2011 di PICC, Putrajaya lepas.


Dapat la tarik nafas panjang setelas 2 hari turun padang sele


saikan hal berkaitan convo ni.
kesesakan lalulintas dan manusia yang tak la dahsyat tapi masih r
asa penat-penat manja..
Itulah kelebihan putrajaya,, sangat susah nak JAM.

ok..
macam biasa, sehari sebelum sesi convo bermula, azhar issue bersama sahabat dan rakan rakan yang lain ke PICC semata-mata untuk mendengar taklimat yang ringkas dan mengutip jubah masing-masing.

Jujur katakan, jubah kami tidaklah se-smart UIA...(jeles sangat),, tapi tetap bersyukur sebab ianya hari yang harus diraikan bukan...


ok settle semua, pulanglah kami ke sarang masing-ma
sing..

esoknya (8/10/11),,,,
berkumpulah semula di PICC (sesi jatuh pada jam 2 pm),,,
jumpalah ramai sahabat yang dah lama tak dengar kabar.. dan bersapa-sapa laa sementara menunggu sesi yang ditunda ke jam 3 pm.

snap-snap sikit...




ini mak kita dan mak akmal (best fren kite), best fren so
rg lg belum sampai lagi.










Haa... inilah adik adik ku merangkap keluargaku. Terima kasih semua sebab datang.







dan ini MAK saya yang paling dicintai. wanita NO 1 dalam hidup saya.
"every night before i lay, i pray to god i feel her pain"



maaf tak terhingga terutamanya kepada keluarga kerana tidak mampu menyempurnakan hari yang seharusnya ditatah dengan lebih bahagia.
sesungguhnya apa yang diri ini berikan itulah yang terbaik yang termampu untuk dikongsikan.
Titisan airmata mak dihari kejadian menyuntik semangat ini untuk mengubah segala peristiwa yang menjatuhkan dirinya. Insyallah


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Akmal aliff sekeluarga (mak cik da pakcik),,,, sebab banyak membantu. tak dapat untuk diri ini membalas. besar jasa insan mulia dan baik hati seperti kalian.

Terima kasih juga kepada nuridzwan dan akmal aliff yang bersama-sama mendaki..dan bersama-sama menjunam demi meneruskan pejuangan demi masa hadapan. semoga kita terus berkekalan dalam melayari liku-liku seorang manusia.


Al-fatihah disedekahkan kepada Arwah Mak Cik wan diatas pemergiannya dihari Konvo tersebut. seorang teman baik mak yang kemalangan. Arwah merupakan insan yang menghantar ibuku dan adik-adikku ke rumah akmal dipagi convocation. begitu besar impakkanya kepada kami.. percayalah..Allah s.w.t menyangi Arwah Mak Cik Wan....


Tahniah kepada diriku dan sebagai penutup jom kita sedekahkan Al-fatihah Untuk Arwah :/
Al-fatihah....


27/09/11

SONY VEGAS MOVIE STUDIO HD PLATINUM 10.0




Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua.
semenjak dua menjak ini jarang sangat update blog...
busy dengan kereja lain kan.
huh....
salah satu.. ni la...

BELAJAR ITU "SONY VEGAS MOVIE STUDIO HD PLATINUM 10.0"



satu lagi software edit video canggih pada kurun 2011 ini :)


JADI Kepada mereka yang duduk duduk saje tuh, cuba cubalah software ni.. jangan malu dan segan untuk mencuba.
lu caya lah, boleh bikin duit wooo...

ok lah,, nak smbung belajar lg...
walaupun belajar kapal pd suatu ketika dulu, x semestinya terbatas untuk itu saja.... jom multi-task kan diri kita..

salam azharissue kepada semua.. wasalam..


p/s: jangan lupa tinggalakkan jejak anda di dalam chatboc yg telah disediakan,,,senang nak add blog korg... tengkiuss...














24/08/11

3 Bulan








Kisah 3 Bulan itu manis rasanya. Berjuta warna nya. Indah momen yang tercipta.
Dalam masa 3 bulan ada saja perisitiwa yang tercalit. ada saja buah cerita yang terungkit, ada saja impian dan cita yang berbangkit.

3 bulan juga menuntut diri menjadi gagah. Memperkasa diri mengisi nota-nota. Memandu diri menjadi terarah.

3 bulan melentur jutaan titisan, Kepahitan bertukar kemanisan. Duka Pilu direnjis canda tawa..


3 bulan besar kuasa nya. 3 bulan menjelma dengan kepastian dan kepercayaan.

Namun sudah pasti, setiap pertemuan berakhir perpisahan. Tidak terkecuali kisah si 3 bulan. Menampung rasa salah, menanggung jutaan resah, sebelum langkah mula menongkah,
namun untuk yang terbaik aku perlukan sesuatu untuk ditadah. Bukan lagi menjeling kalah. Mendiam tak mampu menolak.

Bukan kerugian yang ditegah, namun deretan koleksi rasa bertuah. berkumpul bersama golongan yang bekerja tanpa diarah.

Sampai disini sahaja aku bermadah. Untuk tatapan rasa yang menari gundah. Insyallah semuanya belum sudah, kerana rancangan kita panjang diolah.