21/05/09

Konsert eksklusif ‘SATU’ Siti Nurhaliza di IB!


Konsert Eksklusif ‘SATU’ Datuk Siti Nurhaliza akan diadakan di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun depan

KERAP kali diperhatikan, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza akan mengusap-usap cincin yang disarungkan di jari hantu tangan kanannya semasa ditemubual.

Menurut Siti, cincin itu merupakan pemberian istimewa daripada arwah bapanya, Tarudin Ismail yang sentiasa dipakainya apabila ke mana-mana.

Bagi Siti, cincin itu begitu bermakna dan menjadikannya sebagai hadiah kenangan pemberian arwah bapanya.

Dan memandangkan Hari Bapa juga bakal berlangsung pada bulan depan, Siti berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert amal anjuran badan kebajikan Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan olehnya dan suami pada tahun 2006 serta diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.

Idea untuk mengadakan Konsert Eksklusif ‘SATU’ ini telah lama dibualkan sejak beberapa tahun lalu namun baru sekarang ia terlaksana.

Kata Siti, konsert ini merupakan persembahan eksklusif solo pertamanya di Istana Budaya (IB).

“Sebelum ini, saya banyak melakukan persembahan tribute di IB tetapi kali ini saya akan sampaikan lagu-lagu dari album sendiri.

“Konsert ini akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada 26 hingga 28 Jun depan. Jadi, tinggal kurang daripada sebulan untuk saya berlatih dan memikirkan isi kandungan dalam konsert ini.

“Biasanya, saya lebih selesa untuk membuat persediaan konsert dalam masa dua bulan tetapi tidak bermakna persembahan ini hanya ‘tangkap muat’ kerana saya tetap pentingkan kualiti.

“Saya nak jadikan konsert ini sebagai persembahan bermakna untuk tahun ini sebab saya sudah lama tidak membuat konsert dan ia merupakan impian saya yang nak cuba realisasikan,” ujar Siti semasa sidang media konsert itu di IB semalam.

Menurut Siti, konsert yang ditaja oleh Maxis, Tan Sri Abdullah Ali dan Jakel (kain dan persalinan) itu masih menunggu mana-mana pihak atau badan korporat yang berminat untuk mengisi dana dalam Yayasan Nurjiwa.

Konsert ‘SATU’ terilham daripada saranan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang memberi inspirasi ‘SATU MALAYSIA’.

Menurut Siti, konsert ‘SATU’ terilham daripada saranan , Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang memberi inspirasi ‘SATU MALAYSIA’

Konsert ‘SATU’ juga menyatukan semua elemen yang dipersembahkan di pentas menjadi satu iaitu muzik, efek, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal.

“Saya memilih konsep ‘SATU’ kerana semua yang akan terjadi adalah satu di mana bukan membawa diri saya seorang sahaja selama dua jam tetapi turut dimuatkan dengan koreografi, pencahayaan, grafik dan lain-lain.

“Selain itu, emosi saya juga bersatu seperti suasana gembira, berduka dan segala-galanya dalam persembahan ini.

“Saya juga menyahut seruan ‘Satu Suara’ tetapi ia tidak ditonjolkan secara terus-menerus sebaliknya secara simbolik dalam konsert ini,” ulas Siti.

Menurut Siti, konsert beranggaran lebih setengah juta itu akan menghidangkan lebih kurang 30 buah lagu yang akan disusun semula muziknya oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik manakala koreografer Pat Ibrahim bertindak sebagai pengarah konsert.

Jelas Siti, dia memilih Pat sebagai pengarah konsert atas dasar percaya dan berminat melihat cara Pat mengendalikan koreografi dalam teater Muzikal Puteri Gunung Ledang kerana konsert ini juga memerlukan lebih kepada gerak tari yang bergerak sama dengan nyanyian.

“Dalam konsert ini, kita akan memuatkan ‘live string’ dan bukan semua lagu dipersembahkan dalam bentuk orkestra kerana ia perlu mengikut kesesuaian lagu juga.

“Setakat ini, saya dijangka akan menyanyikan lagu-lagu daripada album Transkripsi sehingga album Lentera Timur. Lagu-lagu ini akan dinyanyikan secara penuh dan juga medley.

“Kelainan yang cuba ditonjolkan dalam konsert ini adalah dari segi nyanyian dan sedikit lakonan yang memerlukan emosi serta tarian untuk segmen tertentu mengikut rentak dan jalan cerita lagu itu nanti.

“Seperti yang dibincangkan, konsert ini akan memaparkan permulaan saya sejak bersekolah kemudian menceburi bidang nyanyian. Selepas itu, saya menempa kejayaan dan menerima pelbagai cabaran dan gosip.

“Bermula daripada situ, timbul mood kemarahan dan cabaran yang menjadi pendirian saya.

“Seterusnya, saya memasuki alam baru yang semakin dewasa dan bercinta dengan memasukkan lagu yang menyentuh perasaan sehinggalah ke satu tahap saya berada sekarang,” cerita Siti mengenai sedikit gambaran konsert itu.

Dalam pada itu, Pat berkata sudah lama dia menantikan peluang ini untuk merealisasikan konsert bercorak ‘theatrical’ itu.

“Saya memilih konsep ‘theatrical’ kerana sesuai dengan tempat ini dan sia-sia tidak menggunakan draf pentas di sini.

“Ia juga mampu membangkitkan rasa untuk lagu itu dan membuat kelainan bukan kepada penceritaan tetapi luahan rasa Siti yang ingin dihargai oleh penonton.

“Kita akan menggunakan dalam 25 orang penari. Kita akan ‘evoke’ perasaan tetapi tidak ‘explain’ pendirian dan kemarahan Siti itu,” ujar Pat.

Saksikan Konsert Eksklusif ‘SATU’ Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun depan.

Tiket-tiket sudah dijual bermula semalam, 19 Mei pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300 yang boleh didapati di Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC dan Taman Tun Dr. Ismail), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn. Bhd. di tingkat 1, Plaza Alam Sentral Shah Alam dan di Pasar Awam Presint 16, Putrajaya dan TicketCharge, 29-5, Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.

Tiket juga boleh didapati dengan menghubungi 03-41498600 (Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 6 petang).

sumber: mStar online









Filem Kelip-Kelip tercipta untuk Siti


BARU-BARU ini, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyatakan persetujuannya untuk melakonkan watak Siti di dalam filem animasi Kelip-Kelip arahan Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid.

Bagaimanapun, kata pengarahnya yang pernah mengungguli anugerah Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang ini, filem tersebut masih di peringkat pra-produksi dan dijangka siap sebelum Disember tahun depan.

Selepas Kelip-Kelip, Mamat bercita-cita untuk menghasilkan sebuah filem animasi setiap tiga tahun. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

“Kami telah mendapatkan beberapa grafik artis daripada Jakarta, Indonesia untuk membantu proses melukis karektor yang diinginkan. Kami juga menggunakan grafik artis tempatan.

“Disebabkan kita kekurangan grafik artis dari sini, jadi sebab itu kami terpaksa mencari tenaga kerja dari sana. Mereka ditugaskan untuk melukis karektor yang comel. Namun, secara anatominya tidak cute, tidak juga menakutkan. Saya cuba jadikan karektor kelip-kelip itu mempunyai dua tangan dan dua kaki.

“Walaupun tidak terlalu mengikut sifat kelip-kelip itu, kita pentingkan apa yang nak dipaparkan. Kita ambil contoh seperti filem animasi A Bug’s Life,” cerita Mamat ketika ditemubual di pejabatnya, Naga VXS Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

Mengenai para pelakonnya, selain Siti, antara pelakon lain yang turut menyumbangkan suara mereka adalah Rosyam Nor, Saiful Apek, Nabil Raja Lawak, AC Mizal, Khir Rahman dan Sofi Jikan.

“Terdapat tujuh watak utama kelip-kelip dalam filem ini. Setiap watak tersebut mempunyai nama masing-masing dan mengikut karektor dan keperibadian yang ada dalam diri setiap pelakon.

Idea untuk menghasilkan filem ini terdetik selepas melihat keunikan kelip-kelip yang pelbagai saiz dan warna di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

“Contohnya bagi watak Siti, kita memang menggunakan keperibadian Siti yang mudah disayangi dan bertudung.

“Jadi, agak sukar juga untuk mereka karektor masing-masing kerana kita kena mengenal pasti diri para pelakon dahulu. Misalnya, karektor Siti mengambil masa tujuh hingga lapan kali untuk design.

“Sebab itulah kita perlukan bantuan pereka dari Jakarta kerana pereka tempatan tidak mencukupi. Pada peringkat permulaan mungkin tidak perlu tetapi pada peringkat visualisasi, kita juga memerlukan tenaga kerja dari Hollywood.

“Namun, kita masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuannya dan elemen filem Malaysia,” jelas Mamat mengenai filem yang bakal menjadi filem usahasama antara syarikatnya dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Menurut Mamat, filem yang menggunakan kepakaran pengarah animasi Ramlan Sulong ini menggunakan teknik 3D dan mood filem masih menggunakan syot-syot filem seperti establish shot, overshoulder shot dan banyak lagi. Apabila siap, ia akan kelihatan seperti siri Upin dan Ipin.

Idea yang terdetik dalam mindanya sejak hujung November tahun lalu ini mula terkesan selepas melihat keunikan kelip-kelip yang pelbagai saiz dan warna di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

“Saya sasarkan filem ini kepada penonton yang berusia enam hingga 60 tahun kerana ia sesuai ditonton oleh semua. Saya yakin filem ini berjaya difahami oleh semua walau kanak-kanak sekalipun. Ia menonjolkan semangat bersatu padu, ada roller coster, kanak-kanak bernama Bincit, remaja, orang tua dan banyak lagi elemen menarik,” beritahu adik kepada kartunis Datuk Lat ini.

Siti mempunyai watak perempuan Melayu yang mudah disayangi dan beliau juga merupakan salah seorang ikon negara.

Menariknya juga, filem ini turut memuatkan lagu tema berentak tradisional yang bakal dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza juga.

Mengenai pemilihan Siti yang nampak seperti peneraju utama filem ini, kata pengarah yang bakal tampil dengan filem Estet pada bulan April depan ini, mereka melihat Siti mempunyai watak perempuan Melayu yang mudah disayangi dan beliau juga merupakan salah seorang ikon negara.

“Filem ini merupakan projek saya yang paling besar dan kalau boleh saya ingin mensasarkannya ke pasaran global. Insya-Allah, setakat ini kita telah mendapat persetujuan dari India yang mahu memasarkan filem ini di sana nanti.

“Kita juga merancang untuk menembusi pasaran negara lain seperti Eropah. Jika ada permintaan, kita mungkin akan membuat filem ini kepada dua versi bahasa,” tutur Mamat yang kini sudah menyiapkan dalam 80 peratus skrip filem tersebut.

Jika berjaya menghasilkan filem ini selepas ini, Mamat mengagak untuk menghasilkan sebuah filem animasi dalam setiap tiga tahun.

“Saya memang jenis yang bercita-cita besar dan suka membuat sesuatu yang mempunyai cabaran tinggi dengan harapan dapat menaikkan industri perfileman dan industri hiburan tempatan. Saya rasa sesebuah filem itu dapat direalisasikan apabila ada campur tangan daripada kerajaan,” tegas Mamat mengakhiri perbualan.

sumber: mStar online

18/05/09

GeLAGAT SemesTer 2







CERPEN INI diadaptasi daripada kisah sebenar dimana situasinya berdasarkan kehidupan beberapa orang pelajar Unikl Mimet sem 2 (Januari 2009) mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang pelajar sepanjang semester 2.

Pengarang ingin mengabadikan kisah ini sebagai sebuah episod perjalanan yang penuh indah dan bermakna agar dapat dikenang dan diingati sepanjang masa.

Oleh hal demikian pengarang ingin memohon berjuta kemaafaan seandainya terdapat sebarang kesalahan dan cacat cela dalam kandungan penulisan ini.

Pengarang juga ingin memohon jutaan terima kasih terhadap pihak-pihak yang terlibat secara sengaja mahupun secara tidak sengaja dalam menjadi subjek kepada cerita ini agar lebih dramatik dan sedap bibir membaca.

Berbilion rasa cinta dan rindu ingin diucapkan kepada rakan- rakan yang pengarang raikan dalam cerpen yang ringkas dan suntuk ini:-

Opie

Anz

Shidi

Mamal

Kudus

Najmil

Naquiah

Kak nurul

Yus

Wia

Percayalah, sesungguhnya hasil penulisan yang dihasilkan ini adalah datang daripada hati yang telus dan ikhlas. Bukan atas dasar desakan mahupun rasa kebosanan yang memuncak takhala musim cuti yang panjang.





Ketibaan



Jam menunjukkan tepat 7.00 malam. Aku membuat panggilan. Tuttt…tutt…


Azhar : assalamualikum, anz ko kat ne? da sampai mimet lom?

Anz : Dah ! (jawapan disahut oleh opie yang mungkin berada di belakangnya)

Ko balik mimet bile? (tanye anz)

Azhar : tak tau lagi. ( aku menipu mereka dengan menyatakan aku balik esok walaupun

aku on the way sampai mimet dengan menaiki teksi)


Hummm..begitu hebat rasanya bilamana kita berjaya membuat kejutan kepada mereka yang kita inginkan. Huh…..walaupun dengan cara menipu.

Maka mereka pun terkejut takhala aku tiba di bilik hostel kami, TFB 04. hah..syok abis.


Shidi masih belum tiba walaupun kelas akan bermula pada hari isnin. Dalam hati aku tertanya-tanya siapakah shidi @ ustaz itu sebenarnya kerana aku tidak kenal akan rupanya mahupun hati budinya. Dapatkah dia terima akan karenahku yang kepala gila??

Hahaha..

Semuanya tersingkap bila shidi tiba. Ternyata shidi adalah member of the group...hehe..



Pointer?

Inilah saat paling melemahkan diri. Yakni apabila kami berbincang mengenai pointer.

Mana tidaknya? Aku adalah orang yang paling terendah nilai pointernya berbanding kawan – kawan yang lain. Kesedihan sememangnya tidak dapat dibendung lagi.. umm..

Walau apa pun, masih belum terlambat untuk pengarang mengucapkan tahniah kepada semua rakan yang cemerlang didalam peperiksaan mereka.





Teluk Intan




Agenda luar mimet yang pertama kami sertai. Yang manisnya, majoriti diantara kami terlibat dengan program ini. Azhar, anz, opie, mamal, najmil dan kak nurul adalah antara mereka terlibat.

Program ini membawa kami meneroka bidang keusahawanaan dengan lebih mendalam dan saintifik. Huh, tapi, bagi pengarang program itu laksana agenda melepaskan stress dengan Mimet kerana sejujurnya pengarang ingin sampai ke Teluk Intan untuk melihat sendiri menara condong dengan mata ini.



Pisang tidak berbuah 2 kali



Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama pengarang ditipu oleh seorang rakyat negeri Sembilan yang ingin membalas dendam terhadap penipuan yang telah dilakukan oleh pengarang pada tahun 2008.

Dan penipuan tersebut berbunyi begini.

Pengarang : menaip azharazhar91@yahoo.com untuk log in email

R. Ngri 9 : wei, ko lahir tahun 1991 ke?

Pengarang : ummm..(berfikir sebentar). Yup, aku lompat masa darjah 5.

(padan muka budak ini bisik hati pengarang lagi).

R. Ngri 9 : Woo.. ok. (percaya dengan semena-menanya)

Semenjak daripada itulah beliau percaya sepenuh jiwa dan raga yang pengarang muda setahun dari umurnya. Namun, setelah rahsia dibongkar oleh seorang rakyat johor (kulai mari) yang begitu meruncing, akhirnya rakyat negeri sembilan itu mengetahui akan kisah sebenar. Pada permulaaan pengarang begitu yakin dan pasti yang beliau merajuk habis dengan pengarang apabila mendapat tahu dirinya ditipu untuk beberapa bulan.

Pada suatu hari, beliau dengan bersemangatnya menceritakan mengenai kebun dikampunya yang ala-ala berbunyi begini:

N.9 : ko tau tak dekat kampong aku, ada pokok pisang nie berbuah dua kali.

Betol ak x tipu!!

Pengarang : ow.. ye ke. ( percaya dengan nikmatnya)

N.9 : wei..hahah aku tipu je!!

Itu lah saat paling memalukan dalam hidup pengarang. Disaat pengarang diayam-ayamkan oleh seseorang yang pengarang penah kenakan sebelum ini. Fuhh..

Humm, harap pembaca tahu siapakah orang ynag dimaksudkan kerana pengarang tidak mahu menunding jari kemana- mana pihak, cukuplah sekadar mamberi Clue.



Semangat kenegerian yang menebal

Semangat dan spiritual yang menebal terhadap negeri masing-masing sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi. Kesungguhan dalam mem”back-up” negeri masing-masing sangat mengujakan hati pengarang. “sungguh kanak-kanak sekali keletah mereka”, bisik hati pengarang.

Walaupun begitu, sebagai serorang warga Selangor, pengarang sangat gumbira bilamana salah seorang daripada warga johor telah berjihrah demi kebaikan ke negeri Selangor. Ternyata perpindahan beliau membawa seribu macam perubahan kepada dirinya.

Di sinilah pertikaman lidah berlaku. Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan sedikit kecaman daripada Kelantan berlaku walaupun pada dasarnya tiada kemelut politik yang berlaku pada masa itu.bukan salah pemimpin mahupun pentadbir, tetyapi dasar tidak puas hati diantara kita yang membeku selama ini selain daripada tiada isu yang hendak dikupaskan. Masing –masing tidak ubah seperti burung murai termakan belacan. Dimana sahaja dan pada bila masa, adegan mencerca negeri masing-masing pasti berlaku.




Video klip pertama (hahaha)

Dengan menggunakan keunikkan vokal shahila, pengarang menghasilkan sebuah bingkisan yang berlatar belakangkan lirik memori tercipta sebagai rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang awal januari 2009.

Walaupun video tersebut tidak ditayangkan dimana-mana saluran popular seperti MTV mahupun V channel, pengarang berharap agar mereka terlibat berpuas hati sesungguh pun seperti sedia maklum gambar yang digunakkan tidaklah mencukupi.

Disini jua memori tercipta,

Walau seketika terjalin kasih kita,

Mungkin disini kita kan terpisah,

Kenangan bersama tiada ku lupa……

Baith rangkap kata diatas sememangnya sukar untuk dilupakan dan ia pastinya akan melekat diminda pengarang buat selama-lamanya.




Cuti raya cina

Mari menjadi serius untuk sementara waktu.

Shidi, mammal, kudus, amir najmil dan anz adalah orang yang pertama pulang kekampung pada musim perayaan ini.

Sesunguhpun begitu, bak kata orang tua-tua, “bintang tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah” maka dijadikan cerita terciptalah sebuah episod cerita yang sangat tragik.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman:-

Secara tiba-tiba ibu pengarang menelefon pengarang agar pulang kerumah pada minggu tersebut.

Mendengar akan kata-kata tersebut pengarang mengarahkan boboy, vel dan opie untuk menghantar pengarang ke stesen bas Lumut.

Setelah bertanya kepada kaunter tiket, mereka dengan yakinya berkata tiket bas habis.

Lantas pengarang mengarahkan mengambil langkah singkat dengan bertindak turun ke ipoh sebelum mengambil keretapi.Jadi pengarang dengan senang hatinya menyuruh mereka pulang ke Mimet.

Ranjau dan onak liku tersagatlah hebat. Kelaparan, kepenatan menghantui diri. Dicampur pula dengan ketakutan terhadap si penculik dan si pelacur pondan yang berkeliaran dalam jalan yang gelap gelita. Syukur pengarang selamat sejahtera sewaktu berada di situ.

Disini pengarang juga ingin memberitahu sesuatu yang tidak pernah pengarang dedahkan sebelum ini.

Selepas pengarang berpenat lelah menunggu dan menanggung seribu rasa di Bandar ipoh yang sangat selamat itu, pengarang ber***** dengan --------- pengarang. Mana tidaknya dia membuat hati pengarang sakit dengan karenahnya yang begitu menjelikkan. Jealous terlebih sangat!!

Jadi, untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan pengarang mengambil keputusan untuk ---------- dengan seorang ---------- yang bernama ---------. Umm sweet kerana break gune tepon dan dekat stesen keretapi ipoh!! Sememangnya penuh dengan pancaloba pada hari tersebut.……

Jadi pengarang turut berikhtihar untuk ----------- selagi belum tamat alam diploma ini. Tuntasnya, pengarang = “single but available” hehehe. Zip (malu L)



Loan

Duit itu umpama air. Sukar untuk dipenuhkan dan mudah untuk dihabiskan.

Senarai pertama menyenaraikan mamal dan kudus menjadi mereka yang bertuah dengan memperolehi cek terawal. Diikuti dengan pengarang, shidi dan opie serta diikuti oleh anz yang telah sengsara sebelum menerima fulus.

Pokoknya sama. Cepat atau lambat mereka tetap menerima loan seperti yang dijanjikan.

Mungkin tidak banyak yang dapat diulaskan dibawah bab ini, namun kenangan dan detik semasa memperoleh loan dalah saat yang begitu melekat dalam poket pengarang.he3



D80 dan D40 !!

Telah ditakdirkan dua orang insan menjadi pemilik kepada eset yang begitu berharga ini. Tidak dapat dinafikan kedua-dua jenis kamera ini telah digunakan sebaik mungkin dalam mempraktikan hobi serta men”klik” butang kamera untuk mencari shot dan pemandangan yang serba indah lagi menarik.

p/s : dengar citer ada kamera pernah jatuh, betul ke?

p/s 2 : ahaa..

p/s : sape punyew huh?

p/s 2 : opss.. x tau…

p/s 3 : pengarang pun tidak tahu siapa sebenarnya yang menggunakan kamera ini kerana pengarang tak pernah beraksi dengan kemera secanggih itu. :p



Teakwando

Haiyakkk!!

Menyedari akan diri tidak sekuat Hulk Hogan, pengarang sambil ditemani mamal, opie dan kudus menyertai NIPIS NAK BUAT(teak wan do) sebagai senjata mempertahankan diri semasa keadaan memerlukan.

Turut meremangkan bulu roma apabila melihat sendiri rakan wanita yang pengarang hormati, Nur Affidatul Izzati membuat tendangan dan tumbukan yang begitu mantap lagi padu.

Mana tidak nya, kehebatan beliau asyik dibandingkan dengan kredibiliti kami yang asyik di persoalankan oleh master.

Turut menjadi saingan kak nurul dan shobana yang sentiasa agresif dan kekal dengan prestasinya yang berterusan.



Hang out naik kereta.

Antara mereka yang terawal terpaksa meminjamkan kereta kepada pengarang dan kawan-kawan ialah che-ku. Dan ajim jpm.

Tapi yang memandu adalah anz. Manakala opie dan pengarang lebih kepada mengampu dan bercakap daripada memberi sokongan kepada mereka semasa memandu. He3.

Hang out yang dimaksudkan ialah keluar daripada daerah mimet untuk memenuhi keperluan hidup.

Misalnya kami ke Giant, bank, makan dan sebagainya. Thanks lol!



Moo-vie seram

Setiap kali diajak menonton filem seram dikaca layer laptop pastinya cadangan majoriti bersetuju untuk memilih cerita gerne seram. Ha3. seperti biasa pengarang agak seronok menonton filem sebegitu dengan syarat sediakan pengarang sehelai selimut dan bantal sebagai pertahanan takhala wajah berlagak ngeri muncul.

Maka, kawan-kawan pengarang agak bengang dengan diri ini yang begitu berkata besar sebelum tayangan bermula.



Cuti midsem

Cuti selama 2 minggu tiba. Kami pulang bersama-sama menuju kerumah masing-masing. Mamal dan kudus seperti biasa berangakat terlebih dahulu sambil diekori amir. si x pula kekal dengan saudara negerinya, opie yang berangkat ke johor bharu. Mereka pulang 2 hari awal berbanding orang lain oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengarang pula bergerak pulang bersama anz. Namun setelah tiba di KL pengarang makan Kfc sebentar bersama-sama anz, zaf dan seoarang wanita kos elaktrik yang tidak mahu namanya di letakkan didalam journal ini.

Selepas 2 minggu berlalu, kami pulang semula ke Mimet seperti yang dirancangkan.




Festival Kebudayaan Dan Kesenian Mimet 2009

Sebuah festival yang kami sertai sebagai orang-orang kuat yang begitu penting untuk acara ini. Mana tidaknya, opie = naib pengarah projek, pengarang = protokol, anz = tugasan khas, mamal and kudus = pre and tech, naquaiah= semuanya, eira ferra = usher dan ramai lagi yang diatara mereka yang ingin diucapkkan terima kasih:

Wia, zaf, tika, rab, lia, azim, nur, siti, maisara, dan mungkin ada beberapa orang lagi yang pengarang tertinggal namanya.

Sesungguhpu ia tidak begitu Berjaya dan lancar seperti yang diharapkan, pengalaman dan peluang ynag diberikan sudah cukup buat kami untuk menimba sesuatu yang baru buat diri ini.




SP feat JT feat FT feat SN

Inilah karenah rakan sebilik yang mana seorang peminat Simple Plan, Justin Timblake, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza. Mungkin agak jelik untuk diceritakan tetapi pengarang tetap mahu bongkarkan kerana isu ini agak menyeronakkan bagi pengarang.

Bagi pengarang, pengarang dapat merasakan yang sesuatu dapat ditinggalkan kepada mereka iaitu perasaan menyukai Siti Nurhaliza. Turut tidak dinafikan pengarang sudah mulai terpikat dengan muzik-muzik yang dibawa oleh artis-artis yang mereka minati. Sebagai contoh, apabila mendengar akan lagu coba dendangan Faizal Tahir, pengarang pasti mengigati seorang insan yang bernama Rashidi b. Ahmad.

Begitu juga dengan rentak-rentak simple plan dan gerak tari Justin yang melekat dalam minda pengarang.

Senang cerita, kemilau empat bintang ini akan sentiasa mengigatkan kami diantara satu sama lain.




Awesome bihun

Pengalaman ini juga begitu memeranjatkan bagi pengarang. Pada mulanya pengarang tafsirkan seorang teman bilik hanyalah bergurau apabila menghantar mesej “wei aku ada bawa balik bihun untuk kau nie”

Maka pengrang pulanglah kebilik tanpa sebarang perasaan mengunung yang mengharap. Tup..tup..tup..

Mereka meninggalkan segerombolan bihun ynag sangat banyak sambil tersusun rapi bersama snek dan gula-gula dan sedap.umm sangat banyak. Lantas makanlah pengarang akan bihun tersebut sambil menyimpan perasaan yang amat terharu.




Bukit Bintang

Sejurus kesemua diantara kami menerima cek daripada mara, satu tindakan yang tidak dirancang telah dijalankan iaitu menawan puncak bukti bintang.

Kudus, mama, opie, anz, sally dan azie serta pengarang pusing-pusing di sekeliling bukit bintang. Low yat, sungai wang, time square dan pavilion menjadi saksi ketibaan kami.

Aku sekadar membeli sebuah laptop. Manakala kudus dengan topi dan tali pinggang barunya, mamal ummm…nak beli tapi tak sempat, opie shopping baju..gile kentang byk.. anz laptop same jenis..baju.. agak banyak gak laa mamat nie borong..

Tapi dua orang mak cik lagi tidak dapat dikenal pasti apakah komponen yang dibeli.

Ternyata masa begitu suntuk sedangkan kami mengatur langkah dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain dengan sangat pantas lincah.

Setelah tiba kembali ke Lumut, ditakdirkan tiada teksi pada malam tersebut dek kerana Public holiday yang jatuh pada hari tersebut.

Namun, agak lega setelah salah seorang daripada kenalan anz membantu kami dengan menghantar kami menginap di Mc Donald sementara menunggu hari cerah.





Karaoke @ bilik

Perkara ini adalah adegan ynag sangat ruji dilakukan bagi penghuni TFB 04. Mangsanya, jiran tertangga.

Siapa boleh menafikan kehebatan vokal anz?? Siapa boleh menandingi kehebatan suara opie? Dan siapakah yang boleh melawan penghayatan seumpama shidi?

Hakikatnya kami sememangnya hebat sewaktu berkaraoke. Dan mungkin aksi ini dapat diteruskan pada masa dan waktu yang akan datang.




Miphom dinner

Sebuah lagi acara besar yang berlansung di dalam mimet.

Bagi pengarang agak berseloroh jiwa ini apabila diberi penghormatan menjadi pengacara majlis bersama seorang teman yang sangat pengarang kagumi kebolehan dan kelunakkan suaranya, Nurul Naquaiah Bt Muhammad Sakaff.

Siapa sangka pada malam yang diraikan, elektrik tiada!!

Terpaksa kami melakukan sesuatu yang tidak dirancang. Walaupun malam tersebut begitu hitam bagi pengarang ia tetap menjadi satu kejayaan buat pengarang lebih-lebih lagi sebagai seorang pengacara majlis di bawah cahaya bulan.





Birthday Sally Dan Quaih serta Anz



Cara sambutan dan keraian yang amat menyeronokkan.

Setiap daripada mereka dikenakan dengan penuh bersungguh-sungguh.

Dimulakan dengan



Sally:-

Tok dalang = azie, boboy, anz, opie dan azhar

Sehari sebelum itu, sally telah meninggalkan phone nya di kedai lawa diatas kerusi. Jadi kami ambil kesempatan itu untuk menyorokkan phone tersebut dan mengambilnya sebagai hadiah di harijadinya. Jadi beliau dengan yakin serta putus asanya mengingat separuh mati phonenya hilang dicuri orang.

Tiba pada detiknya, kami menghadihkan sebuah phone asalnya kepada beliau tetapi dalam bentuk yang sangat hebat. Didalam kotak yang penuh warna warni dan berambu-rambi.

Alangkah terkejutnya beliau bilamana mengetahui phone nya disorrokkan. Habis semua tok dalang dikejarnya pada ketika itu. Bertempiaran lari kesemuanya.



Quiah

Tok dalang = najmil, opie, anz, boboy, yus, kudus, mamal, ada, wia, ain, suraya & azhar.

Sebuah sambutan yang dilaksanakan pada siang hari dan di tempat yang terbuka. Kerja pada petang itu menjadi sangat mudah apabila quiah begitu santai sambil duduk diatas rumput sambil menghadap windy.

Dengan tidak disangka-sangka olehnya, kami menyapu dengan begitu tenang 1 kg tepung ke kepalanya tanpa sebarang halangan. Yang geli hatinya apabila quiah tidak berganjak daripada tempat asalnya kerana beliau tahu tiada apa yang mempu diselamatkan pada waktu itu. Beliau redha.

Jadilah beliau sebagai seorang wanita bertepung. Mengejar pepatung disiang hari.

Moga-moga kenangan itu abadi didalam benak fikirannya.



Anz

Tok dalang = opie, mamal, num ruai, najmil, eira, shidi & azhar.

Beliau adalah orang yang paling banyak menerima kejutan dalam satu hari.

Peringkat pertama:

Bermula dengan jam 12 lebih (malam), eira bertindak sebagai seorang wanita yang putus tunang akibat godaan dan kata-kata cinta yang anz berikan kepadanya. Jadi, tercetuslah pertikaman dan pergerakan lidah diantara mereka sehinggalah eira mengatakan kata-katanya sebentar tadi hanyalah bertulangkan dusta. Syabas eira !!

Peringkat kedua:

Pesta membaling tepung rancak berlansung didalam bilik anz. Semuanya bertindak menyerang beliau. Sehingga keras rambutnya dek kerana penangan tepung itu.

Peringakat ketiga:

Peringkat terakhir dan sangat memorable bagi pengarang.

Tepat jam 1300, anz dan saufi tiba di bilik..alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati semua barang-barang berselerak umpama bilik dipecah orang (curi).laptopnya yang baru dibeli telah dicuri.

Beliau langsung tidak tahu yang semua itu telah dirancang. Langsung tidak terlintas difikirannya.

Pengarang dan saufi sedang terbahak-bahak dibilik sebelah melihatkan reaksi anz yang seperti apek kalah judi. He3..

bayangkan beliau terfikir sehingga mahu membeli laptop yang baru apabila menerima cek kedua kelak. Melihat akan kondisi nya yang tidak tentu arah, kami berikan semula eset beliau tersebut bersama alunan lagu “Allah selamatkan kamu”.

Tersentak dengan itu beliau menjerit selepas mengentam kepala kami dengan bantalnya. Lazat bangat..




Apa? Hostel tidak boleh pilih kawan?

Kenyataan dan persoalan diatas bakal dijawab kelak.kerana tiada apa yang mampu dibuat selain menunggu keputusan yang dibuat tampa meminta persetujuan dan kata sepakat sebulat suara.

Namun, sejujurnya pengarang sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan yang kritis itu. Kerana mungkin pengarang bersama-sama rakan sem 2 tidak akan serapat dan semesra dahulu seandainya polisi ini dikuatkuaskan.




Exam

Peperiksaan yang sangat memenatkan dan memerihkan sepanjang pengarang menjadi pelajar. Mungkin tidak banyak yang dapat diperkatakan namun anda sendiri dapat merasakan betapa jerit payah kita terpancar sewaktu itu.




Pindah barang

Sebelum pengarang mengambil kertas terakhir iaitu thermodynamics pengarang masih sempat bersuka girang. Dimana kami sempat bermadi manda di teluk senangin.

Huh.. sakit sendi-sendi walaubagaimana pun pengarang ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mengundang pengarang pada petang yang indah itu.




Pulang


Seperti biasa setiap pertemuan pasti ada jalan perpisahan. Pengarang bukanlah kanak-kanak yang boleh di permainan.. pengarang tahu, Muhammad saufi sangat sedih sdan pilu dengan perpisahan yang berlaku diantara dan abangnya ahmad ,ustaqi. Jelas riak tersebut pada air mukanya.

Seperti kami juga..Masakan pengarang tidak sedih pada ketika itu. Pengarang bersama rakan-rakan sebelum itu berpeluang mencuci mata dan memborong sebentar di times square. Semakin tiba waktu pulang semakin pengarang tidak tergamak melihat wajah-wajah rakan pengarang kerana pengarang akan merasakan sesuatu..seperti ketulan ais ynag tersekat dikeronkong. Tidak boleh dihuraikan. Kerana itulah pengarang sengaja berjalan pantas tahkala kembali ke pudu raya kerana ia satu terapi buat pengarang.

Benarlah kata siti nurhaliza, berpijak pada bumi nyata bak meniti jambatan bara..

Selepasa itu.. haluan masing-masing


Natijahnya, walaupun banyak lagi peristiwa bermakna yang tidak pengarang masukkan bersama pengalaman di sem 2 tetap menjadi pemandangan dan pengalaman yang sangat indah buat pangarang dan kalian juga.

Memang kawan itu Nampak remah apabila dihadapan kita, namun hakikatnya mereka sangat mutiara bagi kita seat tiada di depan mata.